jangan undi topo jadi pemimpin negara….

Reviews August 18th, 2008

post ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya kecil permatang pauh yang melibatkan pertembungan 3 penjuru.. antara calon umno Datuk Arif Shah Omar, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan calon AKIM Hanafi Mamat.. seesungguhnya aku memang kurang berminat dengan perkembangan politik di Malaysia ni.. hohoho ini hanya la post angan-angan jika aku menjadi pemimpin negara Malaysia yamg tercinta ni… semoga post ni tak menggelikan tekak sesiapa dan tidak menyebabkan korang semua mengutuk angan-angan aku yang murni ini.. hohohooh

jangan undi topo...

jangan undi topo...

jika topo jadi pemimpin negara…hohoho jika topo jadi pemimpin negara… akan ku pastikan cukai rokok dan arak dinaikkan beratus-ratus kali ganda supaya duit tu boleh dijadikan untuk mengurangkan harga minyak yang membebankan ini… hohoho biar padan muka perokok tegar…. ini memang satu tindakkan yang memntingkan diri sendiri sebab aku memang bukan seorang perokok dan aku dah mulai bosan menjadi perokok pasif… hahahahhah kejam gila aku ni… jadi jangan la undi aku jadi pemimpin negara…

jika topo jadi pemimpin negara…akan ku realisasikan cita-cita aku sebelum ni iaitu nak menwujudkan hari khas untuk blogger.. hohoho dapat buat cuti 2-3 hari setahun khas untuk para blogger pon ok jugak…. tak pon buat perarakan besar-besaran macam perarakan sambutan kemerdekaan pon ok jugak.. biar kita sebagai para blogger berasa lebih dihargai… dan akan ku pastikan takde lagi orang yang menggelar blogger sebagai penyebar fitnah…hahahah agak melampau bukan??? jadi jangan la undi topo jadi peminpin negara…

Jika topo jadi pemimpin negara…akan ku berikan dana untuk penulis dan pelukis komik tanah air agar dapat memantapkan lagi industri komik tanah air… biar golongan-golongan pencinta komik seperti aku ni ada lebih banyak lagi pilihan… takde la aku asik baca komik yang bergenre sama je… hohoho aku dah mulai bosan dengan komik2 yang wujud ni… hahahah agak mementingkan diri bukan??? jadi jangan la undi saya jadi pemimpin negara…

Jika topo jadi pemimpin negara…akan ku laburkan lebih banyak wang untuk menaik taraf internet jalur lebar kat Malaysia ni… xde la slow aje… dan akan ku pastikan kebebasan internet tidak tamat pada tahun 2012 seperti yang pernah dicanangkan seketika dulu..dengan koneksi internet yang lebih laju, senang sikit aku nak download cerita-cerita terbaru.. hohohoh tak payah aku susah2 keluar dan mengahbiskan duit untuk menonton wayang yang kebanyakkannya mengecewakan aku… hohoho dengan adanya internet yang lebih laju… banyak lagi perkara yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia… hahahahah agak mengarut bukan??? jadi janganlah undiku jadi pemimpin negara…

Jika topo jadi pemimpin negara… akan ku kurangkan lagi bunga ptptn menjadi 0.001% dan menambahkan lagi bantuan kepada pelajar2 di universiti supaya tidak membebankan mereka untuk membayar yuran yang agak mahal dan ditambah dengan duit buku yang agak mahal jugak… jika ini dapat dilaksanakan nanti tak de la mahasiswa dan mahasiswi yang makan megi je sepanjang sem sebab faktor krisis kewanagan PTPTN…. hohoho yang ini agak logik dan bertimbang rasa.. tapi janganlah undi diriku menjadi pemimpin negara….

hohoho sebelum aku mencarut dengan lebih panjang lagi tentang angan-angan ku menjadi pemimpin negara lebih baik aku tamatkan segera post ini… post ini sebenarnya bertujuan untuk menyahut cabaran pertandingan di blogikus.com.. satu nasihatku… janagn sertai pertandinag ni supaya aku mendapat tempat pertama dan menggondol hadiah.. haohohoo

p/s: ini hanya lah satu post angan-angan dari topo… tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal… diharap tiada yang ambil hati dengan post ini… hohoho

14 Responses to “jangan undi topo jadi pemimpin negara….”

  1. syuxx says:

    aku setuju sangat2 harga rokok naik melambung.
    baru segar sikit udara.
    sorry ya para pencinta rokok :-\”
    ———-
    topo: ya memang bagus… hohoho

    [Reply]



  2. maen says:

    owh..harga rokok dinaikkan!!!
    bagus giler sebab ini penyumbang utama dana negara…haha
    kepada perokok2 tegar seperti aku..
    teruskan bangunkan negara kita…:)
    ———-
    topo: hohoho tak sangka plak mendapat sokongan dari perokok…

    [Reply]



  3. humbleandmodest says:

    siapa perokok tegar?????? 😕

    [Reply]



  4. abdusfauzi says:

    kalu haramkan rokok or x jual rokok terus, bleh tak? ape ek kesan dia? jual lolipop je x leh?
    ———-
    topo: jual rokok utk dpat untung dari cukai.. hohoho kalau tak jual lansung xde la duit… hohohoo

    [Reply]



  5. NoktahHitam says:

    Aku pon nak lebih byk komik!

    Aku setuju dgn kau pasal perokok tegar (aku salah sorang). Hahaha

    Aku tak pernah amek PTPTN, tp kenape aku tgk budak2 dapat PTPTN terus beli phone best2, beli motor, camera best2..?
    ———-
    topo: tu semua peminjam yg mudah lupa… hohoho da nak habis sem nnt semua tu menyesal la tu…

    [Reply]



  6. fara says:

    gempak manifesto ko topo~ haha. sangat dpt dikongsi bsame rakyat 😀
    ———-
    topo: memang sesuai untuk dikongsi.. hohooh

    [Reply]



  7. humbleandmodest says:

    sape rakyat ko topo??
    😕
    ———-
    topo: ni aku tgah open la ni.. hohooh sape nk jadi rakyat aku angkat tangan…

    [Reply]



  8. aeropama dot com says:

    wohoho…kalau topo jadi PM pastu naikkan harga rokok berkali ganda, aku tetap akan beli gak rokok tu (aku perokok tegar) 😀

    aku dah lama tak baca komik seh… sebab takde komik yang menarik minat aku lagi. kau ada ke cadangan?
    ———-
    topo: sbab aku tau org akan tetap beli la aku naikkan kaw2.. hohoho byak sket dapat untung… hohhohoh

    [Reply]



  9. myadlan says:

    walaupun topo cakap jangan sokong
    tapi aku akan sokong kamu jugak
    haha
    semoga berjaya dalam pilihan raya akan datang..! :p
    ———-
    topo: semoga…. hohohoho

    [Reply]



  10. abdfatah says:

    sokong jangan tak sokong topo…
    ———-
    topo: jangan sokong tak sokong topo….

    [Reply]



  11. earncent says:

    macam mana aku nak undi hang, gambar pun letak gambar lama kreko. letakla edisi latest maa..
    ———-
    topo: memang aku nak suruh org jangan undi… hohoho

    [Reply]



  12. zamz says:

    cuti utk blogger tu maksudnya takyah blogging ke hehe
    ———-
    topo: hohoho xpnah plak aku terfikir… hahahah

    [Reply]



  13. oDiN says:

    Kalo aku .. aku buat ptptptptptTIPUn tuh terus x yah bayar
    ———
    topo: kalau tak payah bayar itu tak dipanggil PTPTN bang… tu panggil biasiswa..

    [Reply]



Trackbacks

  1. Freedom.of.Blogging » Blog Archive » FU(fastupdate) #2

Leave a Reply