kenapa mereka suka guna nama samaran???
sekarang ni ramai orang yang gemar gunakan nama samaran berbanding nama sebenar mereka…post kali ni adalah berkenaan dengan nama samaran atau nick name yang sering digunakan bagi menggantikan nama sebenar.. kenapa orang lebih gemar gunakan nama samaran???
ok berdasarkan kajian sejarah… bukan masyarakat sekarang je yang gunakan nama samaran ni… masyarakat terdahulu memang dah gunakan nama samaran ni… contohnya.. nama tok janggut,tok gajah dan lain-lain lagi… tu semua nama samaran…(aku tak pasti nama sebenar diorang.. tok gajah = Imam Rasu rasanya..) kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? mungkin dengan nama ni lebih menunjukkan kekutan mereka?? ye la.. nama tu mempengaruhi impresi pertama kita… contohnya… pahlawan pasir salak… mana lagi menyebabkan orang lain takut hanya bila namanya disebut?? nama Dato Maharaja Lela ke atau Pandak Lam??? nama dato Maharaja Lela macam lebih berkuasa kan???
ok selain orang-orang terdahulu.. orang-orang terkenal dan popular pon gemar gunakan nama samaran.. artis terutamanya…macam-macam nama yang bombastik dan sedap bunyinya digunakan…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? nama juga boleh jadi salah satu cara mempromosikan diri… contohnya… kalau korang nampak satu album kat pasaran… kulit album tu cukup menarik minat anda.. memang jelas menunjukkan album tu album pop rock yang boleh dilayan.. tapi bila anda baca dengan lebih teliti tertulis… dinyanyikan oleh Melur Seri Dewi… hohoho pasti korang akan mengalami kekejanagan otak sebentar.. ni album pop rock ke album dondang sayang???
slain dari artis… orang-orang biasa pon gemar gunakan nama samaran… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho mungkin sebab nama mereka lebih 4 patah perkataan.. hohoh nama yang terlalu panjang… contohnya siti nurul munawwarah khatijah… hohoho takkan la dia begitu kejam nak suruh orang lain panggil siti nurul munawwarah khatijah setiap kali berjumpa… boleh berbelit lidah dan mungkin menyebabkan kita lupa apa tujuan kita panggil insan tadi tu…
ada jugak yang namanya pendek sahaja tapi masih gunakan nama samaran…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho nama pendek… tapi mereka ni berkongsi nama dengan 4 atau 5 orang lain di sekeliling mereka… contohnya.. ada seorang ni namanya abu… memang ringkas namanya.. senang pulak tu nak ingat… tapi dalam kelas dia ada 3 orang lagi yang nama abu… setiap kali kita pangil nama abu.. semua abu pandang… hohohoho… jadi mereka pon mengambil keputusan nak gunakan nama samaran…
tapi ada jugak yang gunakan nama samaran bukan sebab masalah yang dinyatakan di atas… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? suka hati mereka la… best apa guna nama samaran ni… kata-kata terakhir… topo adalah nama samaran aku ye.. nama di IC aku bukannya Mohd Topo… hohoh ibu bapa aku lebih kreatif daripada tu… takde maknanya diorang nak bagi nama aku topo…..kenapa topo lebih gemar gunakan nama samaran??? hohohoh biar lah rahsia….
p/s: nama yang digunakan sebagai contoh diatas adalah mungkin tidak wujud,… hanya sebagai contoh sahaja… jangan ada yang keci hati atau berbangga nama dia tertulis di sini ye.. hohohoho


August 6th, 2008 at 5:26 am
hoho, nama aku poto. blog aku pototota
=d
August 6th, 2008 at 7:22 am
saye… xde nama samaran. hehehe.. cyberspace nye nick ade la.. utk keselamatan sendiri.
———-
topo: aku rasa ko ada banyak nama samaran kan en abdus.. terutamanya sewaktu kita bersama-sama sekolah dulu… hohoho
August 6th, 2008 at 9:12 am
nama joshua nama sebenar…pun nama samaran huhuhu
August 6th, 2008 at 11:54 am
ade 4 name samaran, 3 name dekat cyberspace.
Cikgu je panggil name betul aku.
———-
topo: hohoho cikgu pon ramai yg panggil aku topo… lebih mesra…
August 6th, 2008 at 12:46 pm
ala mcm la aku tak tau nama ko topo… dalam ic ko pun Mohd Ketopopan kan? kan? lu jgn nak tipu gua..
———-
topo: jika benarlah itu namaku… dah lama aku tukar nama…hohooh
August 6th, 2008 at 2:02 pm
aku jua yang mengerti siapa nama topo yang sebenar…
August 6th, 2008 at 3:26 pm
nama samaran, nama glamer, nama popular, nama manja, nama panggilan huhu~
August 6th, 2008 at 3:45 pm
tidak adil,
topo tidak menerangkan
sejarah namanya dan mengapa? haih…
i’m wondering ibu n ayah topo memanggil anaknya,
ToPo!!!
p/s: saya juga tahu nama sebenar topo _ _ _ _ _ _ _

biarlah rahsia~
———-
topo: kadang kala ibu ayahku memanggil ku topo… hohooh
August 6th, 2008 at 7:52 pm
bulan ogos,
topo post kemerdekaan?
———-
topo: hohoho post kemerdekaan special bakal menyusul tak lama lagi….
August 6th, 2008 at 8:03 pm
aku lagi suka guna nama sebenar. hehe =d
———-
topo: kalau aku guna nama sebenar nanti ramai yg bakal terpikat…hohooh
August 7th, 2008 at 7:30 am
topo … topo .. topo ..
odin … odin .. odin ..
aku rasa lagi ramai kawan ko panggil ko topo dari panggil n…… ..
aku plak .. lagi senang nak bezakan macam mane aku kenal kawan aku melalui panggilan
odin - jika kenal dari friendster or ym
hassan - jumpa face 2 face ..
itu salah satu sebab kenapa aku ada nick name .. selain itu .. nampak sangat cool kan ..
———-
topo: hohoho xde kawan aku yg panggil aku n…… sume panggil topo
August 7th, 2008 at 9:43 am
haa…cyberspace aku ade beberapa nick sahaja…blog nick lain,forum2 nick lain…tapi realitinya,orang panggil aku azam juga
———-
topo: realiti pon org pggil aku topo gak…
August 7th, 2008 at 11:35 am
salam,kadang-kadang orang x perlu tahu nama sebenar, kerana mungkin boleh mendatangkan bahayos
———-
topo: memang boleh mendatangkan bahayos!!
August 7th, 2008 at 4:31 pm
huhu…teringat lak lecturer aku cakap…
“use your fullname for barkah, never misspelled or make it short”
tapi tula…senan ckit pakai nama samaran ni…pendek..nk panggil pun senang..
*hoho…kawan2 klas panggil aku Jah le pulok!
———-
topo: ok la tu jah.. snang nk ingat..
August 8th, 2008 at 10:00 am
nape saye suke nama samaran saye?? sbb die bess..hehe
tp nk tau nape ak gune name pena ni, jomla ke blog ak, hehe
August 10th, 2008 at 7:13 pm
tapi kan norzeng. cekgu sains kita selalu salah panggil nama kita kan? aku from salaam, jd syawal.. ko plak, from n****** jd norzeng. huhu. sian kita.
———-
topo: hohoh pastu aku cakap nama aku n****** dia x caya
August 11th, 2008 at 3:50 pm
Bkn nama samaran..ini nama terangan..
cuma di komersial sikit je
.. hohooh aku memerlukan masa nk pick up hohoho
———-
topo: nama terangan
August 13th, 2008 at 12:31 pm
sume org ingat name ku adalah nama samaran
———-
topo: nama kamu begitu unik… aku pon ingat tu nama samaran..