pembaca atau pelawat…siapa yg topo suka??

Blogging July 20th, 2008

sebelum mengarut panjang izinkan aku definisikan pelawat dengan pembaca menurut pandangan seorang topo…pembaca adalah mereka yang membaca setiap inchi kandungan dalam blog anda tak kira la samada post itu menarik atau sekadar entry carca marba (macam yg selalu aku tulis…) dan kadang-kala memberi komen di entry berkenaan.. manakala… pelawat pula adalah mereka yang datang melawat ke blog anda..duduk seketika.. dan kemudian balik semula ke tempat asal mereka…sebab tuan rumah tak hidangkan teh… topo,Julai 2008,http://topotato.com hohoho mari belajar membuat citation… kalau ada pendapat lain sila la nyatakan dibawah ye…

ada ke pelawat yang bukan seorang pembaca??

jawapannya sudah tentu lah ada.. hohoho golongan ni datang melawat blog anda dan kemudian menjerit-jerit di shoutbox dengan tujuan menunjukkan bahawa mereka pernah datang ke mari .. dan mengharapkan lawatan balas… hohohoo  ade jugak yang datang ke blog semata-mata untuk membuat promosi barang yang diniagakan atau nak bagi tau seluruh dunia mereka ada post baru… sila la datang melawat.. hohoho iklan-iklan sebegini memang tak kan bertahan lama dalam shoutbox ku..hohoho akan ku delete serta merta.. melainkan kalau orang tu memang merupakan pelawat tetap blog ni…

ada ke pembaca yang bukan pelawat??

hohoho mestilah ada.. banyak cara orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita..hohoho terima kasih kepada teknologi yang dipanggil feed reader… kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk melawat semua blog rakan-rakan yang ada untuk mencari entry-entry terbaru… untuk memudahkan subscribe je feed blog berkenaan.. entry-entry baru akan datang kepada kita…hohoho jimat masa… selain daripada membaca menggunakan feed reader, ada satu lagi cara macam mana orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita… caranya adalah dengan membaca entry yang telah disalin daripada blog kita di mana-mana blog lain…hohoho wujudlah pembaca yang bukan pelawat… aku tak nak cakap bagus atau tak perbuatan ni… pandai-pandai sendiri la… ada yang cakap perbuatan ni terkutuk…hohoho ye la plagiarism tapi ade jugak yang buat  citation di awal  atau di penghujung entry tu.. macam ” entry ini dipetik dari http://blablabla.com” sebab tu la aku tak nak komen betul atau salah benda tu.. kalau korang ada komen sila la nyatakan kat bawah ye…

pembaca atau pelawat.. mana satu yang topo suka???

sebenarnya aku tak kisah samada pembaca ataupun pelawat… tapi kalau dua-dua lagi bagus… aku tak kisah ada pelawat yang tak baca langsung blog ni..sebab mungkin tak sesuai dengan jiwa raga mereka..ye la blog ni penuh dengan entry yang mengarut je hohoho..cukup lah sekadar bertanya khabar kat shoutbox tu aje.. sebab tu la aku letak shoutbox tu tinggi-tinggi.. senang untuk mereka..:D aku lagi la tak kisah sekiranya pembaca tu tak melawat langsung blog aku ni.. cukup lah sekadar baca melalui feed reader je… sebab tu la aku menyediakan feed penuh khas untuk golongan yang sebegini…hohoho dan sebab itulah aku meminta saudara zaki mengajar aku macam mana nak optimize penggunaan feed.. hohohoho baca entry tersebut di blogjer.com… tapi aku rasa la.. kebiasaannya rakan-rakan yang baca melalui feed reader akan melawat jugak blog ni..hohoho  terima kasih kerana jadi pelawat dan pembaca :D…so kepada mereka yang belum subscribe lagi feed blog ni.. sila la subscribe ye.. kalau nak entry-entry baru dihantar terus ke email pon boleh…klik aje di sini :D:D:D

topo ni pembaca ke pelawat???

hohoho soalan cepu emas yang diajukan kepada diri sendiri…terus terang aku cakap… aku ni seorang pelawat dan pembaca… hoho tapi lebih kepada pelawat….mula-mula aku akan melawat dulu secara rambang mana-mana blog yang aku jumpa.. hohoo kalau kandungan dalam blog tu menarik minat aku.. akan ku ingat url blog tu sampai bila-bila..dan akan melawat lagi bila ada kesempatan… hohoh kalau url dia panjang sangat aku akan subscribe guna google reader… hohoh tapi kekurangan die.. aku tak akan melawat tiap-tiap hari la blog tersebut.. hohoho bila ade entry baru je aku datang…hohoho jadi korang ni pelawat ke pembaca?? 😕

p/s: entry kali ni banyak mempraktikkan apa yang aku belajar dalam kelas tech comm masa semester lepas :))

25 Responses to “pembaca atau pelawat…siapa yg topo suka??”

  1. blogmenjerit says:

    aku gigolo sebenarnya, kahkah… =))
    ———-
    topo: hohoho patut la da ade domain sendiri skrg ni… hohoho mak datin mane yg sponsor ko ni 😕 :))

    [Reply]



  2. titan says:

    haha..aku adalah silent reader..:”>
    ———-
    topo: sure ko slalu lepak kat silentblog.com kan?? hohoho

    [Reply]



  3. aniely says:

    saya seorang budak yang comel lagi kiut miut dan juga promoyter yang berjaya.disini saya nak promote blog saya … http://aniely86.blogspot.com

    haha topO potato ku cayunk,…saya tergolong dalam sejenis mamalia .
    ———-
    topo: promosi daripada blog cik aniely dibenarkan disini..hohoho banyak giler aku dapat trafik daripada blog die ni…:D

    [Reply]



  4. taukey says:

    :)>- aku koboi solo. berjalan kat blog orang tanpa tujuan. aku baca setiap entri terbaru. lepas tu kalau ada idea aku komen. kalau takdak , masa tu aku mengalami mental block =d
    ———-
    topo: hohoho aku xpnah capai tahap mental block lagi..:-??

    [Reply]



  5. aniely says:

    saya burung
    ———-
    topo: #-o hoho aku xtau la nk komen ape ni…

    [Reply]



  6. KNizam says:

    aku pembaca tegar blog ke. haha :d
    ———-
    topo: ke #-o hohoho

    [Reply]



  7. anonymous says:

    aku siapa????
    😕

    [Reply]



  8. yOnnA says:

    saya akan jadi pelawat kalo blog org tu x berapdet, x pun blog die x menarik sangat ke :p hahaha..

    dan sy akan jadi pembaca dan pengomen kalo blog org tu, rajin update slalu and entry die best2 🙂

    btw, suke layout blog awk ni :d
    ———-
    topo: blog ni selalu update..hohoho datang la selalu ye…:D

    [Reply]



  9. angriani says:

    akak rasa akak dua2 laaa
    sebab selalu lawat pastu baca pastu kasi tinggal jejak…
    :d

    [Reply]



  10. shandye says:

    saya seorang pembaca yang kadang2 sahaja mengomen…

    jarang menjadi pelawat… jika saya sudah singgah pastinya saya akan baca…

    makanya saya secara teknikalnya seorang pembaca…

    sekian…
    ———-
    topo: hohoho secara teknikalnya..#-o

    [Reply]



  11. Uncle G says:

    dulu pakcik suka sangat jawab komen dalam forum… penuh bookmark pakcik url forum.. skrang pakcik suka baca dalam blog plak.. takyah register.. senang.. skrang pakcik tengah kumpul kawan blog plak…

    skrang baru pakcik tau.. ramai blogger nie yang jauh buah fikirannye…
    ———-
    topo: aku pon malas nak register forum..hohoho

    [Reply]



  12. abdusfauzi says:

    hurm, aku dedua gak kot. sbb, x selalu aku ade idea nk mencelah. kalu bab bengang aku senang je. hehehe :d
    ———-
    topo: bab bengang???

    [Reply]



  13. aman says:

    kalo entri best, aku baca, kalo tak aku best, aku jadi tukang jerit kat shoutbox jer.. =d
    ———-
    topo: aku memang penjerit yang sejati kt mana2 shoutbox…

    [Reply]



  14. samdaddycool says:

    dulu aku cipan… sekarang dah jadi panda.. (kungfu)..

    =>dulu aku just masuk page org, nak bagi ikon mybloblog tu terpampang muka kambing aku….tapi sekarang aku baru pandai membaca… stil mengeja lagi…
    ———-
    topo: bile nk jadik kambing plak?? hoho ke jadi ni ke :(|)

    [Reply]



  15. titan says:

    aku ta lepak sana. aku lepak kat gua..:-\”

    [Reply]



  16. Nasrun says:

    Aku suke pembaca.. Jarang mengkomen.. Sebab banyak sgt nak baca.. hehe.. =d

    Ko gune plugin ape yang ko je leh reply komen org ni? Best lak aku tengok..
    ———-
    topo: hohoho aku da ltak kt shoutbox ko… mmg best plugin ni..

    [Reply]



  17. megat says:

    ohoh. klu satu dua mungkin okkot. tapi klu dh rss feed dah menjangkau 100, lepak lepak.
    ———-
    topo: kalo feed die dah sampai 100 aku senyum je la kt blog die…hohooh

    [Reply]



  18. blogmenjerit says:

    mak datin kim salam…. jawablah :)>-
    ———-
    topo: kim salam je watpe… kirim la duit ke makanan ke skali..

    [Reply]



  19. Nasrun says:

    Tah Bm.. Kirim la duit nak beli hosting ngn domain kat host gator or blue host ker.. hahaha…
    ———-
    topo: bm nk simpan mak datin dia… hohoho

    [Reply]



  20. Nasrun says:

    Ape ar BM.. Saving mak datin.. dah ngarut dah ni..:-\”
    ———-
    topo: hoho xpnah tempat comment aku jd mengarut cmni…:D

    [Reply]



  21. azlan says:

    aku adalah pelawat yg membalas lawatan topo..hehehe..takdelah macam tue…aku akan melawat memana blog yg komen kat blog aku…dan aku dapati aper yg topo tulis nie mmg menarik..hehehe…good point…mendalam erti nya… 🙂
    ———-
    topo: hohoho lawat la selalu ye..

    [Reply]



  22. idOt says:

    i adalah pelawat tetap..membace kalo best je..kalo de komen best la 2..:-\”:-\”
    ———-
    topo: yeah blog aku best….=d

    [Reply]



  23. applepie says:

    baru menjumpai blog ini, mungkin menjadi pengunjung tetap dan pengomen bertauliah. :ehsan01:

    [Reply]



  24. HuRuL_AiNi says:

    tak komen tk bermaksud bukan pembaca…
    tapi ada pengkomen yang bukan pembaca…urm..cemner tu….hihi

    [Reply]



  25. Daus says:

    aku lebih suka pembaca…

    [Reply]



Leave a Reply