kisah topo,sekolah dan….

Life July 14th, 2008

ok sebelum aku mengarut dengan lebih panjang.. korang prasan tak aku baru tukar favicon baru.. hohoho sebab aku rasa yang lama tu tak berapa sesuai la…striking sangat warna die… favicon baru ni juga dibuat menggunakan adobe illustrator..ade rupa macam ala-ala clone trooper tak?? hohoho aku dah semakin mahir menggunakan perisian ni..walaupun banyak lagi yang perlu akau belajar…berjaga-jaga la en razif mustapha.. aku akan menandingi ko tak lama lagi :)) poyo.. ok habis cerita pasal favicon…

post kali ni sebenarnya bertujuan untuk menceritakan pasal sekolah yg pernah aku belajar…hohoho dah 3 tahun dah aku meninggalkan bangku sekolah…dan ni la kali pertama aku menulis pasal sekolah dalam blog aku…aku silap la… patutnya post ni aku buat masa hari guru hari tu.. tapi takpe la… ok pengathuan kalian.. aku menetap dan bersekolah di Melaka.. kecuali masa sekolah menangah.. post ini dijangka akan menjadi sangat panjang… so kalau dah bosan stop aje.. hohohoho

mulakan dengan sekolah rendah.. aku mula bersekolah pada tahun 199.. dan sekolah pertama aku adalah sekolah kebangsaan Air Molek (SKAM).. aku sekolah kat sini sekejap je.. sampai bulan Ogos darjah 2.. selepas tu aku menyambung persekolahan aku di Sekolah Kebangsaan Bachang (SKB)… kedua-dua sekolah ni terletak di Melaka… SKAM di kawasan kampung dan SKB di kawasan pinggir bandar.. iaitu sempadan antara bandar dan kampung.. hohoho tak banyak aku boleh ceritakan pasal sekolah rendah… keadaan aku sama seperti kanak-kanak sekolah sekarang… berlari-lari riang memikul beg yang hampir sama berat dengan aku..tak de ape pon yang merisaukan aku.. tapi perkara yang aku paling tak boleh lupa… masa darjah 5 dan 6, hampir setiap hari aku balik dengan berjalan kaki.. sebabnya ada kelas tambahan.. dan bas tak nak ambik… hohoh perjalanan sejauh 5 kilometer dan bebanan beg yang mungkin mencecah 20kg menyebabkan aku memiliki tubuh badan yang agak tough sekarang ni… =))hohohoo dan aku menamatkan sekolah rendah dengan jayanya….

selepas tamat sekolah rendah… cam biasa la.. masuk sekolah menengah.. pada mulanya aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim… sebab aku tak dapat sebarang tawaran ke mana-mana sekolah berasrama walaupun mendapat keputusan yang agak best dalam UPSR… masa ni la aku mula giat dengan unit beruniform dan persatuan… hohoho kalau masa kat sekolah rendah dulu, ada satu syarat yang aku agak pelik… kalau dah masuk persatuan tak boleh masuk unit beruniform dan sebaliknya… mase sekolah kat malim la aku dapat rase dua-dua…hohoho dan juga ni la kali pertama aku belajar dengan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa.. hoohoh sekolah rendah semua melayu je…

tapi aku sekolah kat Malim tak lame… tingkatan satu bulan Jun.. aku dapat surat tawaran untuk belajar kat sekolah asrama… hohoho bulan 6 aku masuk sekolah tu… aku tak tau la aku ni intake yang ke berapa dalam tahun tu.. intake 6 ke intake 7 ntah.. banyak gila intake….nak tau apa nama sekoalah yang banyak sangat intake tu??? hohoho sekolah tu diberi nama Sekolah Dato Abd Razak.. atau singkatannya SDAR… hohoh sekolah yang terletak di seremban negeri sembilan… penah dengar nama sekolah ni??? hohoho kepada yang tahu pasal sekolah ni tahniah… pada yang tak tau.. tak usah gusar.. hohoho sedangkan nurse yang keje kat klinik kerajaan dekat dengan sekolah aku pon xpnah dengar nama sekolah aku…hohoho ni juga merupakan sekolah encik abdus.. dan kami merupakan rakan sekelas dari tingkatan 1-3…

satu yang kurangnya sekolah ni…. sekolah ni hanya untuk pelajar lelaki dan 99.9% adalah Melayu… culture shock gak la aku masa mula-mula masuk… dulu kelas dihiasi dengan gadis-gadis… sekarang ni semua jantan je… hohoo lagi satu.. dulu kat kelas tu gadis-gadis la yang menghias kelas dan duty sapu sampah + kemas kelas tiap-tiap hari… hohoo yg laki keja buang sampah dengan susun meja je.. tu pon buat ala kadar je.. nanti kalau tak cukup lurus gadis-gadis tu tolong luruskan sambil dia tgah menyapu.. hohoho..baik betul gadis-gadis zaman aku sekolah dulu… gadis-gadis sekarang camne ek:-??.. tapi bila masuk je sekolah semua jantan ni.. kami semua belajar buat kemas-mengemas ni… hohoho semua meja kat klas kat sekolah aku siap  ade skirting lagi tau..wajib!!! bukan calang2..hhohoho sekolah yg ade perempuan pon belum tentu pasang skirt kat meja diorang… ke ni sebab kes gersang..:-? hohoho takde gadis-gadis… meja pon jadik la… dipasangkannya skirt…hohoho tak caya tengok ni…. harus diingatkan… ini bukan kelas aku…(kelas aku tak secantik ni…) hohoho dan aku pon tak tau siapa pemilik gambar ni… hoho gambar ni diambil tanpa kebenaran pemilik..

ni bukan kelas aku...

aku rasa cukup lah post pengenalan mengenai sekolah aku… hohoho ni pon ah terlalu panjang dah ni…aku akan buat sambungan post ni jika mendapat respon yang positif daripada pembaca sekalian… hohoho kalau takde… cukup lah sekadar aku buat pengenalan tentang sekolah aku… hohoho mana la tau kan ade yang sama sekolah dengan aku dulu…satu kelas ke… nak lagi bes.. kekasih lame ke.. hohoho boleh buat jejak kasih…sekian..rindu la plak kat sekolah… hohoho betapa bersenang lenangnya hidup masa zaman sekolah dulu…..

4 Responses to “kisah topo,sekolah dan….”

  1. aku bosan says:

    skola ko buley xpakai kasut skola ke????dasat….

    skola aku klau sesape yg berhajat berbuat cmtu pelempang akan menyinggah di muka mereka….
    ———-
    topo: budak tu kononnya injurt.. rasenya la.. hohoho

    [Reply]



  2. angriani says:

    hehehehehe
    yer akak dah betulkan…ooppsss!!!
    minta tlg kawan… :d
    hehehehehehe
    tapi akak dah wat backup…
    thanks…
    kalau ada apa2 masalah lagi, akak minta bantuan topo yer :d
    ———-
    topo: boleh..xde hal

    [Reply]



  3. razifmustapha says:

    ya… teruskan usaha anda itu. :)>-

    [Reply]



  4. titan says:

    haha..camni ko sekola dulu ye..:o

    [Reply]



Leave a Reply