keluarga topo…

Life July 29th, 2008

keluarga topo
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

hohoho aku tengok semenjak dua menjak ni ramai yang buat post pasal keluarga mereka… hohoh virus tag pasal keluarga dah mengganas.. tapi takde sorang pon pas tag ni kat aku.. penat aku tunggu jadi aku ambil kesempatan nak buat benda ni tanpa ditag..hohoh inilah keluarga topo..

ok seperti yang korang nampak kat sticker atas ni.. keluarga topo terdiri daripada 8 org.. bapak,mak,dan 6 orang adik beradik.. dimulakan dengan bapak topo.. beliau bekerja di TM melaka sebagai… #-o aku tak ingat jawatan dia ape.. hohoho tapi ofis dia yang kat depan Mitc tu.. dekat gile dengan UTeM.. aku sangat mengagumi bapak aku kerana dia seakan mac gyver.. hhoho hampir semua benda dia tau buat.. plumbing,membaiki brg elektrik,membaiki komputer,membaiki kereta & motor.. membaiki rumah + bertukang pon die boleh buat.. hoho kiranya kalau berlaku apa-apa kerosakkan kat rumah aku… memang mustahil la kami akan upah orang lain nak buat… hohoh bapak aku bisa menguruskannya…aku respek bapak aku…

ok seterusnya.. mak topo… seorang suri rumah sepenuh masa… pandai menjahit dan memasak… hohoohoh baju raya kakak dengan adik-adik perempuan aku semuanya mak aku jahit… baju melayu je yang dia kurang gemar sikit nak menjahit… hohoho kini mak ku semakin aktif berpesatuan..hohoho walaupun sekadar persatuan penduduk kat taman ni… janji dia buat apa yang dia minat..ok la tu.. aku sayang mak aku…

ahli yang seterusnya dalam keluarga topo.. kakak topo… satu-satuya kakak kepada topo.. malah satu-satunya anak yang lebih dewasa daripada topo dalam keluarga topo ini… sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di Uitm dalam bidang Tesl.. aku pon tak sure bila dia graduasi… dan kepada sesiapa yang ada menyimpan niat nak jadi abang iparku… lupakan sahaja… kakakku sudah berpunya.. hhoho rasanya la… aku rasa dah lama gak la aku tak jumpa dengan kakak aku ni… dah lebih sebulan kot… hohoho

seterusnya adalah topo... hohoho tak nak cerita panjang la.. pasal si topo ni… masih lagi belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) jurusan media interaktif (hohoho dia ada assignment yang tak siap lagi.. sibuk je tulis blog..) aku rasa si topo ni ambil sedikit daripda minat dan kepakaran bapak topo… topo lebih cenderung pada bidang komputer… hohoho kalau ada apa-apa pasal komputer topo dan bapak topo bincang 2 0rang je…

pastu ada adik topo… seorang lelaki yang kononnya macho.. hohoh sekarang masih lagi belajar kat kolej komuniti bukit beruang.. hohoho pon dekat jugak dengan UTeM.. ok kalau topo lebih pada komputer, adik topo ni lebih kepada automotive dan elektrik… hohoho sebahagian lagi kepakaran bapak topo ada pada adik topo ini.. hohoho sekarang baru la aku percaya pasal pembahagian genetik yang aku belajar masa kat sekolah dulu…

ada jugak adik topo no 2… seorang perempuan yang berumur 16 tahun… masih lagi belajar.. hohoho kononnya alim.. tapi aku tak nampak sangat pon kealiman dia… hohoh ye la… benda camtu mana boleh nak tunjuk-tunjuk kan?? walaupun tinggal di asrama tapi selalu balik.. pastu kalau balik tu keje dia dok chatting kat ym je.. smpai la aku halau dia gi tempat lain…hohoho standard la tu baru nak meningkat remaja rasanya…

next adik topo no 3… seorang lelaki.. hohoh tahun ni nak amek PMR tapi aku tengok dia tak study pon.. tak tau la kalau dia masa dia study tu dia menyorok tempat lain… hohoho tak seperti abang-abangnya yang lain.. dia belum lagi menunjukkan sebarang tanda-tanda mewarisi mana-mana kepakaran bapak topo.. hohoh mungkin masih terlalu awal kot…

dan akhir sekali… permata hati kami..=)) ayat nak poyo… adik topo no 4.. seorang kanak-kanak riang yang berusia 8 tahun.. manja dengan semua orang… tapi kadang-kadang tu mengada-ngada gak.. ye la anak bongsu kan.. topo selalu membuli adik topo no 4 ni.. tapi adik topo ni masih lagi sangat manja dengan topo… hohohoho

sekian tamatlah cerita keluarga topo… hohoho lapan orang kesemuanya… penat aku menaip…. aku rasa cukup lah sampai di sini…

p/s:hohoho aku baru dapat satu review free untuk blog ni… nak baca usya link ni..

17 Responses to “keluarga topo…”

  1. abdusfauzi says:

    :d topo, aku rase, aku kurang sesuai kalu nk buat tag ni. sbb korang sume akan kepenatan membaca. hik hik hik.
    ———-
    topo: aku tau…hohoho:D

    [Reply]



  2. EviL_LadY says:

    Uwaa.. adik no3 pn laki jgk.. then, adik bongsu tu pn 8 thn jgk.. then, ada adik amik pmr jgk.. and is also a boy. huhuhu.. adik bawah me pun laki. and im into computers too.. :)>-
    ———-
    topo: hohoho sama la plak… tapi aku x evil…hahahahah

    [Reply]



  3. Mohd Hafifi says:

    panjang betul pasal family ni..ini pun masih ade yang tak tulis kan?
    ———-
    topo: hohoho cukup la ni je ahli keluarga aku… kalau nak yang detail.. hantar borang la..hohoho

    [Reply]



  4. zariel says:

    ko x syg kat kakak ko ke topo…x sebut pn :d
    ———-
    topo: kan ade… kat bawah perenggan mak topo.. atas perenggan topo…

    [Reply]



  5. Uncle G says:

    semua pon mengtag famili sendiri… besar gak famili hang nie topo
    ———-
    topo: hohoh boleh tahan la…

    [Reply]



  6. xmindfreakx says:

    “adik topo no 2… seorang perempuan yang berumur 16 tahun…”

    er,hai abang topo..sihat?dah makan?

    [Reply]



  7. angriani says:

    ramai gaks adik-beradik topo yer…

    meriah gitu 🙂

    nak tanya…asal kat gravatar akak tu kan ada 2 pics…
    yg gambar muka akak tu dah delete kat akaun gravatar…tap asal msh ado yer? penin akak 😮 @-)

    so…ekekekekeke…nak minta jasa baik topo laa ni…mcm ner nak settlekan ek?
    ———-
    topo: nanti dlu la kak riani.. skrg ni tgah bz la… nanti saya tengok…

    [Reply]



  8. humbleandmodest says:

    yg rendah ke kanan yg tinggi ke kiri….
    kiri dan kanan gerak……

    < ):) ---------- topo: hohohoho

    [Reply]



  9. abdfatah says:

    oh bukan keluarga kentang rupanya… keluarga mcgyver nih…

    [Reply]



  10. EviL_LadY says:

    topo: hohoho sama la plak… tapi aku x evil…hahahahah

    yare2… shitsureii naaa… /:)

    [Reply]



  11. abdfatah says:

    kalo family yang ada kemahiran memang mudah dan senang lagi jimat belanja… pendek kata save bajet laa jawabnya…
    ———-
    topo: ya… tepat sekali…

    [Reply]



  12. oDiN says:

    Nak jadi adik ipar ko boleyh ?
    😛
    ———-
    topo: jangan harap…

    [Reply]



  13. farahaznil says:

    hahaha..best gak cerita ko nih..ko blajar kat utem rupanya..tak sangka plak satu kg..hi hi hi..tp aku duk masjid tanah la…xpe2..takat utem tu dekat je..hahaha..weh takmo ckp bahasa org mlaka ke?? hi hi hi

    [Reply]



  14. alexi says:

    hohoho….besar kluarga demo..hih…kawe kecik jah..huhuhu=d=d

    [Reply]



  15. bantingboy says:

    haha. ahli keluarga aku semua mengada kat aku..haha..:((
    ———-
    topo: mengada:-? :))

    [Reply]



Trackbacks

  1. 5 perkara yang topo suka tentang hari raya aidilfitri... | topotato.com
  2. idea aku untuk hadiah hari jadi adik aku... | topotato.com

Leave a Reply