ape cerita rakyat kegemaran korang???
ok sejak kecil lagi kita didedahkan dengan banyak cerita rakyat yang pelbagai jenis dan rupa… ade yang berbentuk teladan, ade yang berbentuk lawak jenaka.. ade jugak dengan tujuan memberi ilmu..dengan cara penyampaian yang menarik.. cerita-cerita tu mampu beri impak pada kita… ye la… contohnya cerita anjing dengan bayang-bayang tu… hohoho selalu cikgu tadika aku baca cerita tu… hohoho kenapa la die minat sangat dengan cerita binatang haram tu… lepas hbis je bercerita.. sure dia pesan.. jangan jadi macam anjing tu… orang tamak selalu rugi… tapi sekarang ni baru timbul persoalan pasal cerita tu yang aku dapat fikirkan…
- siapa la yang nak jadi macam anjing tu??? kan binatang haram tu..

- ape plak takde kaitan pon orang yg tamak dengan cerita ni… anjing tu yang tamak.. bukan orang..

hohoho nasib baik la sekarang baru aku fikirkan persoalan tu.. kalau 15 tahun dulu kau tanya cikgu.. dengan pastinya rotan dah hinggap pada aku sebab menimbulkan persoalan camtu…
ok tamatkan cerita pasal sekolah tadika… memang tak dinafikan cerita-cerita rakyat ni banyak memberi pengajaran yang berguna pada kita.. jangan la cuba nak pertikaikan.. macam yang aku buat kat atas tu.. kita patutnya kagum dan bangga sebab orang-orang terdahulu mampu fikirkan cerita yang sangat menarik ni dan tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.. hohohoo evergreen beb..
tujuan utama aku membuat post berkenaan cerita rakyat @ cerita tradisional @ cerita dongeng ni adalah kerana….aku dapat satu tugasan yang berkaitan dengan cerita rakyat atau cerita tradisional ni… aku kena tukar kan cerita rakyat tu jadi flash animation..
dikesempatan ini aku nak mintak idea korang… ye la.. kongsikan ape cerita kegemaran korang.. pastu bagi intro sikit cerita tu macam mane.. biar aku dapat pedoman sedikit..hohoho kalau ade link yang berguna pon ok jugak.. tapi jangan la spam ye.. askimet aku sangat sibuk minggu ni…
>- bagi yang simple-simple aje cukup la… takde la susah sangat aku nk jadikan assignment flash nanti…hohooh


July 25th, 2008 at 1:20 am
hurm.. aku suka cerita Kampung Boy. ok tak?
———-
topo: kalo camtu dah xpayah susah2 aku nk buat flash.. bg je lecturer aku full epsiode die.. dah confirm aku bleh A…hhohooh
July 25th, 2008 at 4:15 am
ala, buat je cerita sejarah macam parameswara menetang blogmenjerit =d
———-
topo: tu citer sejarah + fiksyen + angan2…
July 25th, 2008 at 7:34 am
cerita anjing dengan bayang2 yang sungguh fames. hehe
July 25th, 2008 at 10:15 am
hehe. cerita faveret cikgu-cikgu. Diorang dah takde modal lain ke nak cite kat budak2???
July 25th, 2008 at 10:20 am
hahahahaha…
aku gi suke citer kanak2…
kna dongeng gak ke????
hmmmmm
aku suke citer gajah ngan tikus…
hehehehehe
cute gajah tu…
———-
topo: citer kanak-kanak pon ok gak.. senang sket aku nak buat… hohoho
July 25th, 2008 at 10:22 am
hahahahahaha
better citer sultan dulu…
ok pe…
ko wat muka dia encem bangat…
July 25th, 2008 at 11:11 am
prosa tradisional: cerita kera dengan buaya
sinopsis:
Seekor kera tinggal di atas pohon kedempung di tepi sungai. Kera itu berkawan baik dengan seekor buaya. Setiap hari kera itu menjatuhkan buah kedempung untuk dimakan oleh buaya itu Kera dan buaya itu berjanji akan menjadi kawan yang setia.Suatu hari, isteri buaya itu menyuruh buaya suruhan memanggil suaminya pulang dengan mengatakan bahawa dirinya sakit. Namun begitu, suaminya enggan pulang kerana telah berjanji dengan kera untuk hidup bersama-sama. Buaya suruhan itu mencari akal dengan menyatakan bahawa ubat untuk mengubati penyakit isterinya itu adalah hati kera. Buaya yang dalam keadaan serba salah itu mengajak kera mengikutnya pulang. Dalam perjalanan buaya menceritakan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu. Kera sedar bahawa buaya hendak membunuhnya. Kera pun memberitahu buaya bahawa hatinya tertinggal di atas pohon kedempung. Buaya terpaksa menghantar kera pulang untuk mengambil hatinya. Kera pun menceritakan perihal keldai yang ditipu oleh serigala seperti yang ingin dilakukan oleh buaya. Kera memutuskan persahabatannya dengan buaya. Buaya sangat menyesali perbuatannya sehingga mati kelaparan.
persoalan???
*Tidak jujur dalam persahabatan
*Mengamalkan sikap bantu-membantu
*Bijak dan cepat bertindak apabila dalam bahaya
*Mungkir janji
p/s: inspirasi dr my lil sis yg cbuk wat presentation last 2 weeks!!!
———-
topo: hoho detail gile… aku ni nk buat animasi simple je..hohoho tema, persoalan,gaya bahasa sume x payah..hohoho
July 25th, 2008 at 3:00 pm
pak pandir yang paling best..
July 26th, 2008 at 4:19 pm
cerita che kancil dengan monyet yang makan lada aaaa… punya laa cantik cute lada tu…. pedas punya lada bukan nak hirau dah… nak makan jugak laaa…
———-
topo: hohoho gua pon suka gak citer tu…
July 27th, 2008 at 2:25 am
cite awang golok besar dgn awang golok kecik


———-
topo: sesungguhnya aku tak pernah dengar tajuk cerita ini
July 27th, 2008 at 12:25 pm
buat la cite sang kancil ngn kerbau ngn buaya..yg melibatkn 3 watak tuh..dimana sang kerbau telah digigit olh buaya..kompom box office ko buat cite ni…he2
———-
topo: hohoho box office gak citer tu.. layan gak..
August 1st, 2008 at 4:33 am
citer hang tuah la
baru seronot
August 30th, 2008 at 5:35 pm
tlg bg sinopsis crt pak pandir..
———-
topo: citer pak pandir ade banyak… nk yg mana satu???
October 4th, 2008 at 12:10 am
suke snow white (er..?) tp kalo melayu citer uhm….puteri gunung ledang + batu belah batu bertangkup ^__^
October 10th, 2008 at 6:49 pm
sy ske cte batu belah batu bertangkup.hehe
kura2 dan buaya