keluarga topo…

July 29th, 2008 17 Comments   Posted in Life

keluarga topo
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

hohoho aku tengok semenjak dua menjak ni ramai yang buat post pasal keluarga mereka… hohoh virus tag pasal keluarga dah mengganas.. tapi takde sorang pon pas tag ni kat aku.. penat aku tunggu jadi aku ambil kesempatan nak buat benda ni tanpa ditag..hohoh inilah keluarga topo.. Read the rest of this entry »

nameTAG aku hilang….

July 27th, 2008 9 Comments   Posted in Life

hohoho sekali lagi aku terkena virus tag ini…dah lama rasanya tak menjawab tag.. mari menjawab tag bersama topo… tag ni disedekahkan oleh cik aniely… hohohohoaku tengok semua orang yang buat tag ni letak gambar.. aku pon nak letak la…

cover dvd minggu haluan siswa
ni la dvd mhs yg aku jadi fasi dulu.. ade gambar dan video sepanjang mhs…

amaran.. tag ni sangat panjang…kalau berani baca la sampai habis… hahaha tapi jangan menyesal… Read the rest of this entry »

ape cerita rakyat kegemaran korang???

July 25th, 2008 20 Comments   Posted in Life

ok sejak kecil lagi kita didedahkan dengan banyak cerita rakyat yang pelbagai jenis dan rupa… ade yang berbentuk teladan, ade yang berbentuk lawak jenaka.. ade jugak dengan tujuan memberi ilmu..dengan cara penyampaian yang menarik.. cerita-cerita tu mampu beri impak pada kita… ye la… contohnya cerita anjing dengan bayang-bayang tu… hohoho selalu cikgu tadika aku baca cerita tu… hohoho kenapa la die minat sangat dengan cerita binatang haram tu… lepas hbis je bercerita.. sure dia pesan.. jangan jadi macam anjing tu… orang tamak selalu rugi… tapi sekarang ni baru timbul persoalan pasal cerita tu yang aku dapat fikirkan…

  1. siapa la yang nak jadi macam anjing tu??? kan binatang haram tu..#-o
  2. ape plak takde kaitan pon orang yg tamak dengan cerita ni… anjing tu yang tamak.. bukan orang..:-?

hohoho nasib baik la sekarang baru aku fikirkan persoalan tu.. kalau 15 tahun dulu kau tanya cikgu.. dengan pastinya rotan dah hinggap pada aku sebab menimbulkan persoalan camtu…

ok tamatkan cerita pasal sekolah tadika… memang tak dinafikan cerita-cerita rakyat ni banyak memberi pengajaran yang berguna pada kita.. jangan la cuba nak pertikaikan.. macam yang aku buat kat atas tu.. kita patutnya kagum dan bangga sebab orang-orang terdahulu mampu fikirkan cerita yang sangat menarik ni dan tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.. hohohoo evergreen beb..

tujuan utama aku membuat post berkenaan cerita rakyat @ cerita tradisional @ cerita dongeng ni adalah kerana….aku dapat satu tugasan yang berkaitan dengan cerita rakyat atau cerita tradisional ni… aku kena tukar kan cerita rakyat tu jadi flash animation..#-o dikesempatan ini aku nak mintak idea korang… ye la.. kongsikan ape cerita kegemaran korang.. pastu bagi intro sikit cerita tu macam mane.. biar aku dapat pedoman sedikit..hohoho kalau ade link yang berguna pon ok jugak.. tapi jangan la spam ye.. askimet aku sangat sibuk minggu ni…:)>- bagi yang simple-simple aje cukup la… takde la susah sangat aku nk jadikan assignment flash nanti…hohooh

penting ke ingat hari jadi orang lain???

July 23rd, 2008 14 Comments   Posted in Life

entry ni diwujudkan sempena ramai bdak kelas aku yang menyambut hari lahir dalam bulan Julai ni..hohoho selamat hari jadi la ye… sorry takde hadiah.. sem ni aku kering..:d.. memang menjadi kebiasaan aku untuk ingat hari jadi rakan-rakan aku terutamanya classmates aku dan terutamanya gadis-gadis yg cun-cun..hohoho walaupun aku memang tak pernah bagi hadiah birthday tapi at least aku ingat + wish birthday diorang… so kali ni aku nak tanya pendapat korang.. penting ke kita nak ingat birthday org lain ni??? apa untungnya kita ingat birthday orang lain#-o

seperti yang aku tulis kat atas tadi… aku memang ingat birthday budak kelas aku… mungkin tak semua la.. sebab ade yang terlalu menyorokkan birthday dan usia mereka… hohoho tapi kalau aku tau memang aku akan ucap selamat hari jadi kat mereka.. kenapa aku ingat birthday diorang??? hohoh sebab aku rasa itu la hari istimewa yang setiap orang ada.. tak salah kalau kita ingat dan ucapkan selamat hari jadi.. demi untuk menunjukkan kita ingat kat diorang.. aku rasa dengan mengucapkan selamat hari jadi.. mungkin mereka akan terasa lebih dihargai.. tak tau la kalau depan aku je diorang senyum bila aku wish.. tapi dalam hati maki aku berbakul-bakul… hohoho yang belakang cerita.. aku pedulik apa..dan aku rasa takkan ada orang yang marah bila aku wish birthday… ada ke yang marah bila kita wish birthday die??? hohoho kalau ada mungkin mereka ni golongan tak sanggup terima kenyataan mereka dah semakin tua =))

aku wish birthday tapi aku tak pernah bagi hadiah birthday kat orang.. jap2.. ade sorang tu terlepas… aku bagi gak hadiah hari jadi sebab aku dah terberjanji dengan dia…hohoh so terpaksa la aku tunaikan.. kalau tak nanti berdosa…hohohoho.. kenapa aku tak bagi hadiah hari jadi??? sebab utama bukan la kerana krisis kewangan yang aku hadapi.. hohoho bkannya krisi sangat pon kewangan aku…hohoho.. aku tak bagi hadiah sebab nak berlaku adil la pada semua rakan-rakan..ye la katakan aku bagi sorang tu hadiah.. nanti rakan lain kecil hati plak kalau aku terlupa nak bagi hadiah.. so untuk menjadi adil…tak mengecilkan hati rakan-rakan.. tak nak menimbulkan cemburu.. aku pon memilih untuk tak bagi hadiah hari jadi pada sesiapa…hohohoo jadi kepada rakan-rakanku… jangan la mintak kat aku hadiah hari jadi ye.. kata la satu hari nanti aku ada rezeki lebih semua orang aku bagi hadiah..ohohoho

dan akhir kata.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari jadi kepada rakan-rakan aku yang sambut birthday pada bulan Julai ni… aku tak pasti samada nak tulis nama diorang ke tak..hohoho belum dapat izin lagi.. hohoho dan selain tu pada sesiapa lagi yang akan menyambut birthday dalam bulan Julai ni.. selamat hari jadi la ye.. jap aku rasa birthday titan 28 Julai ni.. tapi aku tak berapa pasti la.. kalau betul selamat hari jadi diucapkan..hohohoho

p/s:hohohoho dah lama rasanya aku tak buat entry yang tajuknya takde nama topo…

pembaca atau pelawat…siapa yg topo suka??

July 20th, 2008 25 Comments   Posted in Blogging

sebelum mengarut panjang izinkan aku definisikan pelawat dengan pembaca menurut pandangan seorang topo…pembaca adalah mereka yang membaca setiap inchi kandungan dalam blog anda tak kira la samada post itu menarik atau sekadar entry carca marba (macam yg selalu aku tulis…) dan kadang-kala memberi komen di entry berkenaan.. manakala… pelawat pula adalah mereka yang datang melawat ke blog anda..duduk seketika.. dan kemudian balik semula ke tempat asal mereka…sebab tuan rumah tak hidangkan teh… topo,Julai 2008,http://topotato.com hohoho mari belajar membuat citation… kalau ada pendapat lain sila la nyatakan dibawah ye…

ada ke pelawat yang bukan seorang pembaca??

jawapannya sudah tentu lah ada.. hohoho golongan ni datang melawat blog anda dan kemudian menjerit-jerit di shoutbox dengan tujuan menunjukkan bahawa mereka pernah datang ke mari .. dan mengharapkan lawatan balas… hohohoo  ade jugak yang datang ke blog semata-mata untuk membuat promosi barang yang diniagakan atau nak bagi tau seluruh dunia mereka ada post baru… sila la datang melawat.. hohoho iklan-iklan sebegini memang tak kan bertahan lama dalam shoutbox ku..hohoho akan ku delete serta merta.. melainkan kalau orang tu memang merupakan pelawat tetap blog ni…

ada ke pembaca yang bukan pelawat??

hohoho mestilah ada.. banyak cara orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita..hohoho terima kasih kepada teknologi yang dipanggil feed reader… kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk melawat semua blog rakan-rakan yang ada untuk mencari entry-entry terbaru… untuk memudahkan subscribe je feed blog berkenaan.. entry-entry baru akan datang kepada kita…hohoho jimat masa… selain daripada membaca menggunakan feed reader, ada satu lagi cara macam mana orang lain boleh baca apa yang kita tulis tanpa perlu melawat ke blog kita… caranya adalah dengan membaca entry yang telah disalin daripada blog kita di mana-mana blog lain…hohoho wujudlah pembaca yang bukan pelawat… aku tak nak cakap bagus atau tak perbuatan ni… pandai-pandai sendiri la… ada yang cakap perbuatan ni terkutuk…hohoho ye la plagiarism tapi ade jugak yang buat  citation di awal  atau di penghujung entry tu.. macam ” entry ini dipetik dari http://blablabla.com” sebab tu la aku tak nak komen betul atau salah benda tu.. kalau korang ada komen sila la nyatakan kat bawah ye…

pembaca atau pelawat.. mana satu yang topo suka???

sebenarnya aku tak kisah samada pembaca ataupun pelawat… tapi kalau dua-dua lagi bagus… aku tak kisah ada pelawat yang tak baca langsung blog ni..sebab mungkin tak sesuai dengan jiwa raga mereka..ye la blog ni penuh dengan entry yang mengarut je hohoho..cukup lah sekadar bertanya khabar kat shoutbox tu aje.. sebab tu la aku letak shoutbox tu tinggi-tinggi.. senang untuk mereka..:D aku lagi la tak kisah sekiranya pembaca tu tak melawat langsung blog aku ni.. cukup lah sekadar baca melalui feed reader je… sebab tu la aku menyediakan feed penuh khas untuk golongan yang sebegini…hohoho dan sebab itulah aku meminta saudara zaki mengajar aku macam mana nak optimize penggunaan feed.. hohohoho baca entry tersebut di blogjer.com… tapi aku rasa la.. kebiasaannya rakan-rakan yang baca melalui feed reader akan melawat jugak blog ni..hohoho  terima kasih kerana jadi pelawat dan pembaca :D…so kepada mereka yang belum subscribe lagi feed blog ni.. sila la subscribe ye.. kalau nak entry-entry baru dihantar terus ke email pon boleh…klik aje di sini :D:D:D

topo ni pembaca ke pelawat???

hohoho soalan cepu emas yang diajukan kepada diri sendiri…terus terang aku cakap… aku ni seorang pelawat dan pembaca… hoho tapi lebih kepada pelawat….mula-mula aku akan melawat dulu secara rambang mana-mana blog yang aku jumpa.. hohoo kalau kandungan dalam blog tu menarik minat aku.. akan ku ingat url blog tu sampai bila-bila..dan akan melawat lagi bila ada kesempatan… hohoh kalau url dia panjang sangat aku akan subscribe guna google reader… hohoh tapi kekurangan die.. aku tak akan melawat tiap-tiap hari la blog tersebut.. hohoho bila ade entry baru je aku datang…hohoho jadi korang ni pelawat ke pembaca?? 😕

p/s: entry kali ni banyak mempraktikkan apa yang aku belajar dalam kelas tech comm masa semester lepas :))

topo dah kembali ke firefox 2.0

July 18th, 2008 15 Comments   Posted in Life

hohoho dulu aku antara orang yang sibuk mempromosikan firefox 3.. habis semua orang aku hasut suruh tukar jadi firefox 3.. tapi tepat jam 8.54 pagi tadi waktu Malaysia… aku telah kembali semula ke pangkal jalan firefox 2.0..sebabnya? kecewa? takut? marah? hohoho tak lah… firefox 3 memang agak best.. banyak features baru yang menarik tapi… semalam pada pukul 10.23 malam waktu Malaysia.. aku dapati ada updates untuk firefox 3.0.. versi terbari firefox 3.01.. hoho aku pon dengan sepantas kilat aku download updates tu… tapi malangnya.. selepas aku install firefox 3.01 semua add-ons dengan theme aku tak berfungsi… pastu terus firefox aku jam.. hohohoho blur aku.. aku tukar balik jadi 3.0.. sama jugak… macam-macam benda aku try semalam.. dah puas dah aku tanya pakcik google…tapi tiada sebarang jawapan.. so aku pon terus tido.. hohoho awal gile aku tido semalam…

pagi tadi aku terus aku check balik firefox aku… mana la tau ada keajaiban alam berlaku…hohoho tapi keadaan masih sama je.. so aku pon mengambil langkah drastik… buang semua file firefox yg ade dalam laptop aku ni..dan insall firefox 2.0… so secara rasminya pada pukul 8.54 am 18 Julai 2008 aku telah kembali menjadi pengguna firefox 2.016.. hohoho mungkin suatu hari nanti baru aku tukar balik jadi 3.0 kot… tapi nasib baik la aku sempat backup bookmarks.. hohoho kalau tak.. memang confirm seksa gila…

aku ada sebab lain bertukar pada 2.0 selain daripada firefox aku crash semalam… antaranya,

  • aku rasa guna firefox 3.0 popups bayak yang terlepas..
  • ade beberapa add-ons penting yang tak compatible.. nanti kalau dah compatibles baru aku tukar balik..
  • rindu la plak kat theme lama aku ygtak compatible dengan firefox 3.0 :))

sure rakan-rakan yang aku hasut dulu bising bile au tukar balik jadi firefox 2.0.. tapi biarkan la diorang.. hohoho >:)

p/s: hohoho dah lama tak tulis p/s… ade sesiapa pernah dengar lagu moonlight densetsu?? theme song anime sailormoon… hohohoho aku ade version japan.. tapi aku nak yaang versi Melayu punye la.. siapa tau mana nak download???
kepada pengguna hp sony ericsson tolong jawab survey ni.. tq