topo menghitung hari nak habis cuti…

Life, UTeM June 21st, 2008

ok entry ni memang takde apa-apa tujuan pun.. sebab tu aku tak submit kat mana-mana.. hanya sekadar contengan kosong..sempena menghitung hari-hari terakhir sebelum habis cuti….

keputusan untuk kemasukkan ke universiti sesi 2008/2009 baru je diumumkan 3-4 hari yang lepas..atau lebih tepat lagi 18 Jun.. bagi mereka yang berjaya tahniah diucapkan.. kononnya mereka akan daftar pada 29 Jun ..aku pon tak tau tarikh yang tepat….tak kisah la diorang nak daftar bila… tapi aku sendiri tak tau bila nak daftar balik masuk UTeM ni…aku tanya rakan-rakan lain.. sume tanya aku balik.. hohooh lalu keluar la fatwa dari pelbagai pihak..

ok kononnya pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki bagi sesi ni… memang tiap-tiap tahun pun perempuan lagi ramai kan…lagi ramai la awek2 yang masuk UTeM… harap2 la ramai awek direct entry yg cun masuk kelas aku.. jap2… perempuan lagi ramai masuk Universiti… tapi… kat UTeM laki lagi ramai dari perempuan…adeh musnah harapan aku 8-|… jap2…tapi lagi sekali…course aku ftmk… perempuan yang sikit tu pun kebanyakkan nye masuk ftmk… hohoho last sem klas aku ada 7 org je lelaki yang macho bergaya.. laen sume perempuan… harapan bersinar kembali…:D

cuti dah nak habis tapi macam-macam benda lagi aku tak dulu masa hari pertama cuti perancangan bermacam-macam contohnya..

  1. nak belajar guna illustrator sampai hebat… hohoho hasilnya.. malam ni baru aku sentuh illustrator tu.. dan hasilnya tu favicon kat atas tu.. ok tak? kalau rasa-rasa tak ok…. tolong la buatkan satu.. aku buat benda ni lama gila.. bkan lama nak design.. hohooh lama nak carik kat mana bulatan.. lama nak carik camna nak tukar saiz.. dan yang paling lama sekali.. nak cari camne nak save jadi png… rasa cam masa mula-mula belajar guna paint je dulu…
  2. nak belajar buat theme sendiri… hohooh hasilnya… aku berjaya… terima kasih pada tutorial dari small potato.. (aku taknak bg link sebab aku kecewa dengan owner baru blog tu….)walaupun baru plain theme.. aku sangat berpuas hati… aku akan pertingatkan lagi dari masa ke semasa… kenapa la aku baru start buat benda tu minggu lepas… kalau bulan lepas aku start sure sekarng ni dah gempak dah theme tu… takpe-takpe.. akan ku cuba lagi dengan lebih gigih masa depan..
  3. kononnya nak study subjek next sem.. hohoho habis aku amek soft copy nota siap dengan assignment dari member aku.. lebih 1Gig tu saiz die.. hohoho hasilnya… aku berjaya.. tapi aku berjaya baca satu muka surat je… tu pun masa minggu pertama cuti…lepas tu.. jadi perhiasan je dalam D..
  4. aku pun dah tak ingat apa lagi cita-cita aku sebelum cuti dulu… hohoh tapi aku rasa cita-cita aku yanng paling berjaya adalah makan durian dengan sepuas-puasnya… hohoho banyak gila aku makan durian.. dan sekarang tiap-tiap hidangan aku mesti ada tempoyak disisi… aku memang gemarkan tempoyak…=p~

cukuplah tu mengarut..bila la agaknya aku kena daftar balik kat UTeM ni… #-o

6 Responses to “topo menghitung hari nak habis cuti…”

  1. menteil says:

    mencari bulatan.. hehe..
    cam aku mula2 dulu la.. tp x pandai pon lagi skang nie.. hehe..

    wei..
    bagi ar link tut tu..
    aku pon nak blaja gak..
    sik tumpang org nyer jer..
    ———-
    topo: nanti aku bagi kat kotak jerit ko… kalo ade lagi yang mintak baru aku letak kat sini….

    [Reply]



  2. humbleandmodest says:

    ok la favicon ko tuh……
    tapi pesal ijau???
    ———-
    topo: itu je kaler yang aku terpikir… hohoho

    [Reply]



  3. zaki blogjer says:

    Hijau tu segar kan topo, hehe

    Sejak dari taun 2000 masa aku belajar, pempuan dh ramai, bila nk naik bas dari college, pempuan berebut nk naik bas. Tak tahan kena gasak dgn pempuan, beli motor.
    ———-
    topo: best gak pe gasak ngan pompuan… hohoho

    [Reply]



  4. angriani says:

    hohohoho…mesti tak sabar kan…kang kalau topo dah balik kampus…susah laaa nak mnta tolong :((:((:((

    [Reply]



  5. abdusfauzi says:

    :d
    aku baru start cuti hari ni.. :d/
    yeeha!
    jap lagi naek flight balek KL.
    tp, korang sume dah nk masuk study balik dah.
    btw, selamat mendaftar ye mr.topo
    hehehe..

    p/s: kat sini, jarang amat perempuan yg daftar.. ade pun, amoi2 je and diorang sume naek keta sbb sume kaye-raye.
    hohoho.
    ———-
    topo: hohoh aku baru je dapat surat dari utem soh daftar 6Julai…

    [Reply]



  6. megat says:

    selamat belajar! lakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang!

    tetiba teringat zaman belajar dedulu. memori indah bersama rakan-rakan (terutama pompuan wakaka) :p

    [Reply]



Leave a Reply