kisah topo dengan buku…

June 14th, 2008 11 Comments   Posted in Life

ok seperti yang pernah aku ceritakan dulu…aku telah memenangi hadiah dari tok mudin... sebab berjaya menjawab teka-teki dengan tepat… nak tau hadiah nya?? hohoh yang pastinya bukanlah pakej berkhatan ye… hohohoo aku dapat memilih samada 10 usd masuk dalam paypal atau memilih apa-apa buku di mana-mana kedai online… aku meghadapi kesukaran untuk memilih hadiah… sebab aku ni bukannya jenis yang gemar membaca novel ni… fakta: aku tak pernah membaca novel dalam bahasa Inggeris lebih dari 10 muka surat… masuk muka surat yang ke 11 je aku bosan dan campak buku tu jauh… kalau novel bahasa Melayu plak.. dulunya sekejap jeboleh habis novel ahadiat akasyah yang biasanya berketebalan¬† 200 muka surat lebih..¬† tapi sekarang.. 15 muka surat je aku dah bosan… hohohoh aku terpaksa meminta pertolongan kakak ku untuk memilih buku untuk hadiah dari tok mudin tu…

so nak tau buku apa yang dia pilih…hohoho satu buku yang sudah tentu akan jadi miliknya terus.. dan sudah pasti aku takkan baca buku tu.. hohoho buku tu bertajuk Rindu Cintaku hasil karya Fauziah Ashari… ada sesiapa tau atau pernah baca buku tu? hohoho aku tengok tajuk pon terasa geli geleman… hohooh kononnya dia pilih buku tu sebab ia kesinambungan dari novel Ombak Rindu dan Cinta… Tiada Akhirnya…kira macam sequel la… novel tu… dia kata dua-dua novel sebelum tu dia dah baca… dan agak best.. entah la.. aku pon tak tau..jangan harap la aku nak baca novel-novel camtu.. amek la kak long buku tu.. sesiapa yang berminat boleh la beli sendiri kat e-kedai.net hohooh ni rupa buku yang aku menang tu …cam biasa la ye.. klik untuk menikmati plugin lightbox2 yang baru aku update..

buku tang aku menang...

p/s:semalam 13 Jun hari jadi ayah aku… esok 15 Jun hari bapa plak… hohoho selamat hari jadi + hari bapa Ayah…xde duit la nak bagi hadiah… hohohooh

topo dengan duriannya….

June 11th, 2008 17 Comments   Posted in Life

klik untuk image lagi besar!!!dah bebrapa hari aku tak menulis kat blog ni… macam dah ketandusan idea je.. tak tau nak tulis apa.. atau mungkin sebab penangan durian yang terlalu banyak aku makan 2-3 hari ni..dan sebab itulah aku rasa aku nak menulis tentang durian… hohoho kepada yang tidak menggemari durian.. teruskan jugalah membaca post ini.. sebab durian adalah buah yang sangat berkhasiat… saya ulang.. durian adalah buah yang berkhasiat….

ok ni adalah fakta nutrisi durian bagi setiap ulas..lebih kurang la…

durian ku berkhasiat... durian dikatakan rendah karbohidrat dan natrium… sumber yang bagus untuk diet.. kaya dengan vitamin B6 manganese,dan juga merupakan sumber vitamin C yang bagus…sumber dari sini..

kepada yang sedang berdiet… makan lah durian nescaya selepas makan durian anda akan tersa panas dan berpeluh-peluh… peluh itukan sihat… hohoho fakta ini hanyalah direka oleh topo… belum terbukti lagi.. tapi agak logik kan… hohooho

durian oh durian

hohoho selain dari memakan secara mentah.. banyak makanan lain yang boleh tercipta dari durian… mungkin suatu hari nanti akan ku ceritakan pasal produk durian pulak…tapi bukan di post ini ya…buah yang diberi gelaran raja buah atau king of fruits ini memang digemari ramai.. terutamanya rakyat Malaysia.. tapi ramai jugak yang membenci buah ni…. durian.. smell like hell… taste like heaven… hohoho akhir kata.. marilah makan buah-buahan tempatan… jom makan durian….banyak khasiat dan kebaikkan..

lebih fakta klik sini… dan di sini…image diambil dari sini…

edisi siasat style topo: buat duit dengan kain batik…

June 7th, 2008 13 Comments   Posted in Reviews

ok buat pertama kalinya kau mengadakan edisi siasat dalam blog ni.. apa kejadahnya buat edisi siasat topo.. hohoh hari ini aku nak mendedahkan perihal seorang blogger yang kononnya mampu membuat duit di internet menggunakan pelbagai benda seperti bateri dan pc klon dan memakai kain batik… hohohoho siapakah blogger berkenaan??? mari kita terjah…eh salah… apa kejadahnya blogger ni… Read the rest of this entry »

mari bersenam bersama topo…

June 5th, 2008 33 Comments   Posted in Life

dalam masa cuti sem ni.. aku rasa hidup aku 24/7 depan laptop je.. dah tak mengamalkan gaya hidup sihat da…aku rasa aku nak bersenam sket la.. kat blog ni..ni aku dapat dari member aku yang juga merupakan pembaca yang kerap kat blog ni… saudari nurulefa…sangat menarik untuk dicuba..senaman untuk menghilangkan mengantuk…onion club style..so mari bersenam bersama topo… excercise


ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje.


…….


buat secara aggresive pula…

jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress…


pusingkan kepala…


tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…


akhir sekali
buat joget kucing…

kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja

lepas dah buat semua benda gila senaman ni.. confirm dah tak mengantuk lagi.. amat sesuai untuk dipraktikkan semasa exam…hohoho

p/s:kepada miss epa.. kalau ade link dari mana ko dapat senaman yang menarik ni silalah bagi aku utuk dicreditkan…kepada yang lain-lain selamat menggila mencuba…:)>-

blog yang kurang digemari topo…

June 3rd, 2008 42 Comments   Posted in Blogging

post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye..

ok selain menulis blog… aku sangat rajin berjalan-jalan di blog lain.. hohoh dapat gak menghilangkan bosan dan mencari pedoman..ye la nak juga bertegur sapa ngan jiran-jiran blogger yang lain.. mana la tau bleh dapat awek2 blogger yang cun melecun.. hohoho.. dalam perjalananku.. aku jumpa macam2 jenis blog.. tapi dalam post ni aku nak ceritakan ciri-ciri blog yang aku kurang gemari.. diharap takde yang kecik hati ye….jangan ade yang saman plak lepas ni.. hohooh

blog yang ada ads click sensor.. aku tak tau la nak panggil benda ni ape.. tapi bila aku klik je blog tu.. nanti ade pop up iklan.. pergh.. benda tu memang akan membatalkan niat murni aku untuk melepak blog tu dengan lebih lama lagi.. aku guna firefox pon ade pop up yg terlepas.. tak dapat aku bayangkan camne kalo aku pkai IE…so sayonara la blog tu..

blog yang ade auto play music.. hohoho sama seperti saudara menteil aku pon merupakan pengguna IDM hohoho kalo ade link music.. die akan auto download.. tapi sebelum die dapat detect download tu.. firefox aku akan mengalami kekejangan seketika… abis tergendala kerja-kerja aku yang lain…sebagai balasan pada blog2 yang sedemikian.. akan ku download lagu-lagu yang best.. hohoho kalo lagu tak best.. sayonara..

blog yang terlalu mengikut perasaan yang terlampau… hohoho dalam blog2 ni die menceritakan segala-gala yang berlaku… hohoho aku tak naafikan memang seronok baca kisah2 hidup orang lain.. rasa macam dah lama kenal je ngan blogger tu.. tapi terdapat gak blogger yang menceritakan segalanya tapi disertai dengan caci makian yang berbakul2.. adui.. hilang keseronokan aku nak baca.. so sayonara la blog…

blog yang super serabut… bkan dari segi layout... tapi serabut dengan iklan yang pelbagai.. hohoh memang la tak kisah kalau nak mencari sedikit keuntungan dengan blog.. tapi kalo dah iklan lagi banyak dari post.. hoho menyakitkan hati gak la.. dekat header.. dekat sidebar.. dekat footer.. dekat post.. sume tempat ade iklan.. banyak gila.. sampai aku nak baca apa yang die tulis pon susah.. kalo nak letak banyak2 iklan susun la elok2.. contohi la blog en titan ni.. iklan banyak gila..tapi still nampak kemas..kalo xnak contohi gak. sayonara…

blog yang kononnya terlalu merendah diri @ down to earth…memang terpuji sikap merendah diri ni.. tapi kena kena pada tempat gak.. aku hanya nak fokus sikap merendah diri terhadap blog je.. blogger ni selalu cakap blog die tak cantik.. tak sehebat blog orang lain.. biasa2 je… kita patutnya berbangga dengan blog kita.. da tau tak cantik p la cantikkan.. banyak la template yang cantik2 kat muka bumi ni.. jack baru je convert satu template yang superb.. try la usya.. tak pon pergi melawat pusat kecantikan blog ni.. segalanya tak mustahil la.. kalo malas gak.. atau nak meneruskan sikap merendah diri yang terpuji tu.. sayonara la ye..

aku rasa cukup lah senarai tu… tapi sekali lagi aku nak tekankan…post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye…jangan saman aku pulak lepas ni…

p/s: nantikan ciri2 blog yang topo gemari pulak di masa yang akan datang ye..