bila hari bloggers pulak ye???

Blogging June 17th, 2008

Malaysia memang kaya dengan sambutan hari-hari yang pelbagai… baru 2 hari lepas hari bapa,sebelum tu hari guru,hari ibu,hari pekerja,hari wanita,hari jururawat,hari memperingati P Ramlee… segala jenis hari la…tapi rasa-rasanya bila hari bloggers ye?? nak juga rasa ada sambutan khas… nak sambut hari bapa.. blom ada anak lagi… nak sambut hari pekerja.. aku ni penganggur yang berjaya.. nak sambut hari kanak-kanak rasanya dah tak layak dah… dan yang paling pasti.. sudah tentulah aku tak boleh sambut hari ibu mahupun hari wanita..

sekarang dah ramai rakyat Malaysia jadi blogger..bukan sahaja yang celik komputer dan golongan remaja.. pakcik-pakcik dan makcik-makcik pon ramai dah jadi blogger… menteri,ahli politik,bekas menteri, wartawan, artis, pengaggur, engineer,doktor semua dah jadi blogger dah.. rasanya dah cukup syarat dah nak buat sambutan secara besar-besaran di peringkat kebangsaan.. hohoho bukan sekadar lepak-lepak kat kedai mamak atau pergi buat havoc kat mana-mana shopping complex… boleh la rancang banyak aktiviti berguna.. nanti takde la orang asyik cakap blogger ni tak menyumbang apa-apa pon pada negara..

adeh… macam serius sangat la plak entry ni… sebenarnya nak tanya je bila hari bloggers.. atau memang belum diwujudkan lagi #-o.. kalau belum wujud rasa-rasanya bila la sambutan tu ye?

  • mungkinkah pada bulan Januari sempena memperingati kewujudan Links.net, blog pertama dunia ciptaan Justin Hall pada Januari 1994
  • atau bulan Disember sempena terciptanya perkataan weblog oleh Jorn Barger pada Disember 1997
  • atau mungkin juga pada bulan April sempena wujudnya perkataan blog hasil singkatan weblog oleh Peter Merholz pada April 1999
  • boleh jugak disambut dalam bulan Ogos sempena Pyra mewujudkan Blogger….blogging tool yang paling popular pada ogos 1999 tapi lepas tu Google beli pada Februari 2003
  • atau boleh juga disambut dalam bulan April sebab mengenangkan sempena RTM buat segmen khas bersama blogger bermula 20 April 2008…

banyaknya kemungkinan bulan sambutan…patut la takde lagi tarikh hari bloggers.. atau aku yang tak tau.. hohohoho

p/s: semenjak dua menjak ni aku banyak buat post yang berkaitan dengan tarikh.. tapi pada hakikatnya.. aku bukan suka sangat dengan subjek sejarah… hohohoh

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

16 Responses to “bila hari bloggers pulak ye???”

  1. zariel says:

    sambut sendiri2 je la skarang ni topo :d pegi beli beger mkn dpn pc…muahahaha
    ———-
    topo: aku makan durian depan pc :))

    [Reply]



  2. angriani says:

    :d:d bestnyer kalau ada hari kahas untuk blogger kan…:d/

    [Reply]



  3. megat says:

    hari blogger!? seronok juga klu ada. sekurang-kurangnya orang mcm kita ada penghargaan atas apa yang telah kita lakukan.

    tapi ini dah kira isu dunia. apakan daya kita untuk isukan perkara spt ini. tapi jika kita bersatu dan bersama-sama menaikkan diri masing-masing ia tak mustahil
    ———-
    topo: hohoho boleh buat macam rumpun dulu… tu pun dah agak baik.. tapi macam takkan ada je rumpun 2…

    [Reply]



  4. Adry says:

    Salam ziarah..
    Good idea, amacam kita bersatu ramai-ramai semua bloggers kita buat hari untuk kita semua… ahaks :d

    [Reply]



  5. humbleandmodest says:

    bilakah hari malaysia wahai topo??? 😕
    bilakah hari stamford raffles menjumpai bunga rafflesia???? 😕

    hamek ko….
    sejarah…..

    :-b
    ———-
    topo: hohoho mana la aku tau… hohoho

    [Reply]



  6. KNizam says:

    aku lagi suka pada hari weblog dicipta. hehe 🙂

    [Reply]



  7. Cloud says:

    Government memang suka idea tu. Satu hari semua bloggers sambut Hari Bloggers, itu hari juga government hambat semua bloggers dalam ISA =p
    ———-
    topo: hohoho aku suka la komen ni…:Dhambat sume bloggers dalam ISA…hohohoo

    [Reply]



  8. joshuaongys says:

    HAHAHHAHA good idea!!! kita sambut sendiri bah lolx.. syiok sendiri!
    ———-
    topo: hohoho kita sambut ramai-ramai lepas download firefox 3..

    [Reply]



  9. Simon Ho says:

    kalo ada hari cuti waktu bloggers day pun ok gak

    [Reply]



  10. abdusfauzi says:

    err.. 21 May x leh?
    sbb tu besdey aku. hahahaha.
    ———-
    topo: boleh xde masalah.. tapi ko kena sponsor la kek.. kacang2 ke.. hohooh

    [Reply]



  11. zool says:

    Tak kisahlah walau bila pun..
    Yang penting mesti ada hari blogger..\

    [Reply]



  12. aniely says:

    aduh…….celebrate sendiri-sendiri laaaa

    [Reply]



  13. BLOGMENJERIT says:

    aku pilih 11 september, sebab tu tarikh lahir aku. wakakakaa
    ———-
    topo: boleh2 xde masalah… abdus support kek ngan kacang2.. ko nnt support la minum2.. dapat air batu campur ke.. cendol ke.. ok gak.. hohoho:D

    [Reply]



  14. Alwis says:

    Tawau blogger buat 1st GATH “celebrate sndiri’ gath je…bukan mo buat apapun sampai sumbat ISA..hehehhe’orang buat perhimpunan kat meja makan..bukan depan rumah YB hoho…
    ———-
    topo: hohoho cam best je kan buat gath…

    [Reply]



  15. xmindfreakx says:

    ahaha..hari blogger..hari2 bley tgk ape..gangstarz blog..ape da…rancangan tv pon dah boleh dipanggil blog ker?
    ———-
    topo: hohoho menarik pendapat ni…

    [Reply]



Trackbacks

  1. jangan undi topo jadi pemimpin negara.... | topotato.com

Leave a Reply