minggu haluan siswa UTeM #1..

June 30th, 2008 6 Comments   Posted in UTeM

hohoho seperti yang aku khabarkan beberapa hari lalu,aku menjadi fasilitator untuk program minggu haluan siswa (MHS) kat UTeM.. hoohoho semalam merupakan hari pendaftaran.. penat gak la.. sebab kerja aku meraya-rayau mencari gadis cun untuk ditangkap gambar… hohoho tapi aku rasa UTeM dah ketandusan gadis-gadis cun la… aku tak jumpa ramai pun yang cun.. ada la dua tiga orang.. agak kecewa gak la…so kepada rakan-rakan sekalian.. jangan lah tanya aku dapat awek cun ke tak.. hohoho jawapannya tiada..

aktiviti semalam hanyalah ceramah aluan je.. takde apa yang menarik pon.. pastu bahagi kumpulan… hohoho aku team2 awal.. lama gila LDK.. malam tu sepatutnya aku just perkenal diri je… tapi sebab masa lama gila…bdak2 lain nak bagi kumpulan lagi… hohoho dah berapa banyak game dah aku kuarkan malam tadi.. ohoh jap lg xtau la nak buat pe lagi.. dok termenung je la ye adik2…hohoho:-))

untuk pengetahuan korang sekarang ni aku tengah dok lipat buletin kt hal ehwal pelajar.. hoho kata biro penerbitan..satu lagi aku dapat detect beberapa bdak2 yubiyu @ UTeM Bloggers United yang masuk sebagai direct entry.. oo semalam korang siap main misscall aku ye..aku dapat je tangkap pic korang tiap2 hari aku letak kat buletin ngan montaj.. hohoho

ok la.. banyak lagi buletin aku nak kena lipat ni.. pastu kena lari pi tempat LDK plak… hohooh sekarang pukul 1.25.. LDK pkul 2.. hohoho kalo xsempat aku pas je la kat org lain… sori la ye adik2 hahahah abang topo bizi =)) hahaha geli aku sebut…

topo jadi fasi UTeM…

June 27th, 2008 8 Comments   Posted in Life, UTeM

setelah menghilang selama 5 hari.. hohoo aku kembali… seperti yang pernah aku ceritakan dalam post nak Belajar SEO, aku pergi manjalani kursus utk jadi fasilitator di UTeM.. hohoho dan esok aku akan memulakan tugas sebagai fasilitator kat UTeM.. so kalo ade mereka yang bakal belajar kat UTeM tu… carik la seorang fasi yang sangat “baik” bernama topo… hahahahahahah

ok semasa aku pergi kursus blog aku ni terbiar je.. hohoho seb baek la ramai rakan-rakan yang rajin tengok-tengokkan blog ni.. terima kasih la banyak-banyak… satu satu bnde yang menarik minat aku semasa aku meninggalkan blog ni.. ramai yang datang ke blog ni dengan keywords yang berkaitan dengan UTeM.. hohoho so satu je aku boleh cakap pasal UTeM.. aku enjoy belajar kat UTeM. dan aku harap org lain pon especially yang baru nak masuk UTeM akan turut enjoy jugak…

satu lagi.. semasa minggu orentasi tu nanti aku akan menjadi photographer amatur… hohohoo jika anda¬† pelajar baru sesi ni… yang juga merupakan seorg yg cam whore.. sila la sebut topotato.com kat mana2 photographer yang korang jumpa.. untung-untung korng jumpa aku… hohoho banyak la gambar korang yang aku snap nanti.. hahaha :-))

kalau takde aral melintang aku nak update blog ni tiap-tiap hari mase orentasi nanti.. tapi memandangkan banyak aktiviti orentasi akan di buat di Kampus Tetap Durian tunggal.. ungkin aku xdapat buat macam tu.. broadband xde lagi dekat kampus baru tu..tapi kalau aku dapat connection je memang confirm aku buat post update orentasi tiap-tiap hari.. tapi kalau xde connection terpaksa la mintak jasa baik rakan-rakan sekalian tolong tengok-tengokkan blog ni…hohoho visitor dah banyak lari la… mintak maaf la banyak-banyak…

topo nak belajar SEO…

June 22nd, 2008 16 Comments   Posted in Blogging

bagi mereka yang telah lama berjinak dalam dunia blogging ni.. pasti sudah pakar dan tak perlu lagi nak Belajar SEO… tapi bagi blogger yg berusia belum sampai setahun ni, aku perlu Belajar SEO.. untuk memastikan blog aku lebih visible di enjin carian… bukan nya senang nak Belajar SEO… ada yang dah lama dalam bidang ni pon masih lagi mencungap-cungap bila pasal seo ni… tapi tu semua bukan halangan dan alasan.. hohooh aku tetap nak Belajar SEO… apa nak jadi.. jadi la…:-b hohoho Read the rest of this entry »

topo menghitung hari nak habis cuti…

June 21st, 2008 6 Comments   Posted in Life, UTeM

ok entry ni memang takde apa-apa tujuan pun.. sebab tu aku tak submit kat mana-mana.. hanya sekadar contengan kosong..sempena menghitung hari-hari terakhir sebelum habis cuti….

keputusan untuk kemasukkan ke universiti sesi 2008/2009 baru je diumumkan 3-4 hari yang lepas..atau lebih tepat lagi 18 Jun.. bagi mereka yang berjaya tahniah diucapkan.. kononnya mereka akan daftar pada 29 Jun ..aku pon tak tau tarikh yang tepat….tak kisah la diorang nak daftar bila… tapi aku sendiri tak tau bila nak daftar balik masuk UTeM ni…aku tanya rakan-rakan lain.. sume tanya aku balik.. hohooh lalu keluar la fatwa dari pelbagai pihak..

ok kononnya pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki bagi sesi ni… memang tiap-tiap tahun pun perempuan lagi ramai kan…lagi ramai la awek2 yang masuk UTeM… harap2 la ramai awek direct entry yg cun masuk kelas aku.. jap2… perempuan lagi ramai masuk Universiti… tapi… kat UTeM laki lagi ramai dari perempuan…adeh musnah harapan aku 8-|… jap2…tapi lagi sekali…course aku ftmk… perempuan yang sikit tu pun kebanyakkan nye masuk ftmk… hohoho last sem klas aku ada 7 org je lelaki yang macho bergaya.. laen sume perempuan… harapan bersinar kembali…:D

cuti dah nak habis tapi macam-macam benda lagi aku tak dulu masa hari pertama cuti perancangan bermacam-macam contohnya..

  1. nak belajar guna illustrator sampai hebat… hohoho hasilnya.. malam ni baru aku sentuh illustrator tu.. dan hasilnya tu favicon kat atas tu.. ok tak? kalau rasa-rasa tak ok…. tolong la buatkan satu.. aku buat benda ni lama gila.. bkan lama nak design.. hohooh lama nak carik kat mana bulatan.. lama nak carik camna nak tukar saiz.. dan yang paling lama sekali.. nak cari camne nak save jadi png… rasa cam masa mula-mula belajar guna paint je dulu…
  2. nak belajar buat theme sendiri… hohooh hasilnya… aku berjaya… terima kasih pada tutorial dari small potato.. (aku taknak bg link sebab aku kecewa dengan owner baru blog tu….)walaupun baru plain theme.. aku sangat berpuas hati… aku akan pertingatkan lagi dari masa ke semasa… kenapa la aku baru start buat benda tu minggu lepas… kalau bulan lepas aku start sure sekarng ni dah gempak dah theme tu… takpe-takpe.. akan ku cuba lagi dengan lebih gigih masa depan..
  3. kononnya nak study subjek next sem.. hohoho habis aku amek soft copy nota siap dengan assignment dari member aku.. lebih 1Gig tu saiz die.. hohoho hasilnya… aku berjaya.. tapi aku berjaya baca satu muka surat je… tu pun masa minggu pertama cuti…lepas tu.. jadi perhiasan je dalam D..
  4. aku pun dah tak ingat apa lagi cita-cita aku sebelum cuti dulu… hohoh tapi aku rasa cita-cita aku yanng paling berjaya adalah makan durian dengan sepuas-puasnya… hohoho banyak gila aku makan durian.. dan sekarang tiap-tiap hidangan aku mesti ada tempoyak disisi… aku memang gemarkan tempoyak…=p~

cukuplah tu mengarut..bila la agaknya aku kena daftar balik kat UTeM ni… #-o

kisah topo dengan musang berapi…

June 18th, 2008 9 Comments   Posted in Life

ok seperti yang kalian tahu.. bermula 1 pagi semalam merupakan pelancaran rasmi firefox 3… hohoho server jam gila.. aku dapat download pukul 2 pagi.. usaha untuk mencatat rekod dunia memang mendapat sambutan yang sangat memberansangkan.. sehingga jam 8.31 malam tadi dah seramai 6400833 yang download..tengok live counter kat sini..teruja gila aku… dan masih lagi naik dengan sangat mendadak.. di Malaysia je dah menyumbangkan sebanyak 23938 download.. hohoho giler argh..

hohoho ok dah cuba firefox 3.. dan agak puas hati gak la walaupun ade 2-3 favourite add ons aku xleh pakai lagi.. tapi seriously memang hebat… aku bukanlah seorang pakar komputer.. tapi sebagai newbie firefox 3 memang mengujakan aku..banyak function baru yang menarik yang susah aku nak jelaskan.. try sendiri baru tau…so kepada mereka yang belom lagi download.. silakan la menambahkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang download firefox 3…ni screenshot firefox 3.. cam biasa la ye.. klik untuk paparan yang lebih besar…

download day

satu lagi aku terlupa…setelah kalian downlaod firefox 3 ni, sebagai tanda penghargaan, mozilla ada sediakan sijil penghargaan untuk korang.. hohohoh rasanya boleh tak guna masa nak mintak kerja nanti..weh sijil dari mozilla tu… hohoho bkan senang nak dapat… ni lihat lah sijil ku.. hohoho klik sini untuk dapatkan sijil sndiri.. credit untuk en humbleandmodest sebab bagi tau aku pasal sijil penghargaan ni..

sijil firefox

bila hari bloggers pulak ye???

June 17th, 2008 16 Comments   Posted in Blogging

Malaysia memang kaya dengan sambutan hari-hari yang pelbagai… baru 2 hari lepas hari bapa,sebelum tu hari guru,hari ibu,hari pekerja,hari wanita,hari jururawat,hari memperingati P Ramlee… segala jenis hari la…tapi rasa-rasanya bila hari bloggers ye?? nak juga rasa ada sambutan khas… nak sambut hari bapa.. blom ada anak lagi… nak sambut hari pekerja.. aku ni penganggur yang berjaya.. nak sambut hari kanak-kanak rasanya dah tak layak dah… dan yang paling pasti.. sudah tentulah aku tak boleh sambut hari ibu mahupun hari wanita..

sekarang dah ramai rakyat Malaysia jadi blogger..bukan sahaja yang celik komputer dan golongan remaja.. pakcik-pakcik dan makcik-makcik pon ramai dah jadi blogger… menteri,ahli politik,bekas menteri, wartawan, artis, pengaggur, engineer,doktor semua dah jadi blogger dah.. rasanya dah cukup syarat dah nak buat sambutan secara besar-besaran di peringkat kebangsaan.. hohoho bukan sekadar lepak-lepak kat kedai mamak atau pergi buat havoc kat mana-mana shopping complex… boleh la rancang banyak aktiviti berguna.. nanti takde la orang asyik cakap blogger ni tak menyumbang apa-apa pon pada negara..

adeh… macam serius sangat la plak entry ni… sebenarnya nak tanya je bila hari bloggers.. atau memang belum diwujudkan lagi #-o.. kalau belum wujud rasa-rasanya bila la sambutan tu ye?

  • mungkinkah pada bulan Januari sempena memperingati kewujudan Links.net, blog pertama dunia ciptaan Justin Hall pada Januari 1994
  • atau bulan Disember sempena terciptanya perkataan weblog oleh Jorn Barger pada Disember 1997
  • atau mungkin juga pada bulan April sempena wujudnya perkataan blog hasil singkatan weblog oleh Peter Merholz pada April 1999
  • boleh jugak disambut dalam bulan Ogos sempena Pyra mewujudkan Blogger….blogging tool yang paling popular pada ogos 1999 tapi lepas tu Google beli pada Februari 2003
  • atau boleh juga disambut dalam bulan April sebab mengenangkan sempena RTM buat segmen khas bersama blogger bermula 20 April 2008…

banyaknya kemungkinan bulan sambutan…patut la takde lagi tarikh hari bloggers.. atau aku yang tak tau.. hohohoho

p/s: semenjak dua menjak ni aku banyak buat post yang berkaitan dengan tarikh.. tapi pada hakikatnya.. aku bukan suka sangat dengan subjek sejarah… hohohoh