saya nak daftar course blogging la…

Blogging May 13th, 2008

ok satu berita yang menarik minat aku…UiTM sedia tawar kursus penulisan blog..

SHAH ALAM 12 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.

”Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.

“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.

lagi berita di Utusan Malaysia Online. atau versi bahasa Inggeris di the News Straits Times Online

selepas satu slot khas tentang blogger di warta perdana… sekarang ni ada satu jurusan blog pulak :-B… pergh… ade course khas tu untuk jadi blogger… lepas ni blogger2 yang tgah blur nak masuk course ape lpas da aabis skolah bleh la apply ye.. nanti boleh la tampal dekat page about me… “saya **** merupakan blogger lepasan UiTM dalam Jurusan BLog…..segala ilmu yang telah saya pelajari akan saya manfaatkan untuk kemajuan blogger masa depan :)>- “hohoho cam best la plak…

tapi ape silibus yang akan ade nanti ek.. subjek2 yang ditawarkan:-? disini aku listkan subjek yang mungkin ada..hohoho ni hanyalah andaian topo sahaja…. dan rasanya memang xkan ade subjek seumpama ni… melainkan kalo topo bkak U sendiri

  • mengenali blog (pergh satu sem belajar ape tu blog je… sure memang muntah la bdak2 ni kenal blog..)
  • mengenali blogger-blogger tanah air (satu subjek dimana blogger-blogger tanaj air diperkenalkan pada para pelajar… mari mengenali Tun Dr Mahathir, kenny sia.. mohd ismail.. emptyspace..titan..dan lain2..memang pengsan la kalo nak kena semua kenal 500000 blog dekat Malaysia ni….
  • cara mempromosi blog (hohohoho subjek yang menarik… xpayah beli buku rujukan.. ramai blogger dah tolong kasik tips.. konfirm bleh A
  • mendapatkan sponsor untuk blog..(ni cam nak apply ptptn @ nak mtak scholar la ni… hohoho)

dan lain-lain lagi… sape nak tambah subjek sila lah tambah sendiri… hohohooh dan untuk projek semester akhir.. sila buat blog yang mendapat at least 100 hits setiap hari… hohohooh

p/s: catzer… ko tgah carik keje kan??? pe kate ko apply jadi lecturer UiTM ajar course blog ni.. hohohoho

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

12 Responses to “saya nak daftar course blogging la…”

  1. humbleandmodest says:

    ku tetap setia dengan mekatronik
    :x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x

    [Reply]



  2. adi says:

    dh ada course blogging pulak ek.
    rasanya mcm x berbaloi je buat.
    tp kalau course tu diajar mcm mana nak mantapkan blog ataupun reka blog theme rasanya leh dipertimbangkan 😉
    ———-
    topo: tu boleh jadi silibus… hohoho:)>-

    [Reply]



  3. zool says:

    Tu le pasal.. AKu pun baru je tulis pasal keratan akhbar tu.. Menarik tu.. AKu boleh ke jadi lecturer ?? Huhuhu nak tgk apa?? Adakah mesti PR lebih dari 4??

    http://ligakampung.com/blog/2008/05/13/kursus-penulisan-blog/

    [Reply]



  4. 3POINT8 says:

    Crap…An assignment to make a blog with at least 100 unique visitor…that is crazy!
    No wait…That can be done. I guess students will just have to ‘pay’ their friend or visit 100 internet cafe to do that
    ———-
    topo: ya-ha!!plus if you got 20 coursemate… at least you’ll get 20 hits everyday… hohoh

    [Reply]



  5. nasrun says:

    Haha..Confirm ranking SEO bdak-bdak ni je la pegang.. hahaha..

    Saper lak yang nak jadi lecturer diorang? kena cari-blogger lepasan degree la..

    Tapi lau lepasan SPM da de income 10k camno tu?
    Leh jadi lecturer tak?

    Final exam die lak tak tau camne.. hehe
    ———-
    topo: hohoho utk jadi lecturer xpyah ade degree pon xpe.. janji telah lama berpengalaman jadi blogger..dan berpendapatan tinggi.. hohoho

    final exam:- hohooh buat satu post… markah dikira berdasarkan respon hohoho 1 comment 1 markah.. 1 trackback 2 markah… huahuahua:))

    [Reply]



  6. xmindfreakx says:

    hahaa…course utk blogger.
    pop-kuiz:sila senaraikan blogger termasyhur di malaysia.Or senaraikan 87 orang blogger dari JOhor..mampos nak jawab
    ———-
    topo: 87 blogger dari Johor.. erm.. emptyspace,ikoko,navotech,megat…. ermmm… humbleandmodest..#-o wuahhh susah gile!!

    [Reply]



  7. hanep says:

    wow! satu perkembangan bagus.
    um, mana catzer nie.. ahaha…ajarla kursus blogging ni. ko kn expert lam submission2 ni..,:-)

    [Reply]



  8. syamsulariff.com says:

    aku rasa blogging course nie sbagai subjek elektif je..kira mcm hadir wajib gitu 🙂
    ———-
    topo: mula2 aku pun ingat begitu… tapi.. dia ckap ia merupakan satu kursus… :-??

    [Reply]



  9. ecahkoop says:

    pergh!!!
    x sangke kos cenggini akan diwujudkan…:o
    mmg hangat la penangan blog ni…huhu!! :-\”

    [Reply]



  10. qemmal says:

    wah,course yang sungguh menarik.
    :d/

    untuk jadi lecturer blogger perlu qualification ape ya?:d

    [Reply]



  11. fara says:

    wargh. crappy gile assignment! klu ambik minor blh kot. tp, hm hm. tmbah lgi cred hour. xnak la.
    heh.

    interesting2 x)

    [Reply]



  12. shandye says:

    kalau dh grad karang bebudak yg dh abes blaja kos nie nk keje ape eh?

    takkan nk keje under blogger hebat ala selebriti macam kennysia dengan xiaxue yg dh siap de management sendiri untuk blog diorang kot?

    hehe…

    tapi hakikatnya… teringin gk sebenarnye… wah, terlebih sudaa… hehe…
    ———-
    topo: da grad nanti jadi problogger la.. hohoho xpon jadi IM yg berjaya.. hohoho boleh buat duit pe blogging ni…

    [Reply]



Leave a Reply