tarikh hari ibu…

May 1st, 2008 17 Comments   Posted in Life

sekiranya anda mencari tentang TARIKH HARI BAPA klik sini

post ini bersempena dengan hari ibu tak lama lagi.. frankly speaking… sebenarnya aku tak tahu langsung bila hari ibu… selama ni aku sambut sebab ada banyak iklan-iklan kat tv promosikan hari ibu…dan aku dengar kat fly fm.. dj diorang sibuk buat wish mother’s day pada mak masing2 so untuk mendapatkan kepastian.. aku bertanya la pada rakan-rakan perihal tarikh sambutan hari ibu ni… tapi sangat menghampakan… diorang pon tak tau bila hari ibu… so tanpa berlegah lagi aku pon bertanya la kepada en Google ku sayang… dan keputusan yang aku terima sangat mengejutkan aku… hhohoho rupa-rupanya tiap negara berbeza tarikh sambutan hari ibu.. patut lah masa bulan Mac dulu member aku yang ada kt UK sibuk cerita psal hari ibu…

setelah dipastikan oleh En Google dan Pn Wiki..tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia bagi tahun 2008 adalah bersamaan:

11 Mei 2008 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

4 Mei 2008 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

25 Mei 2008 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

2 Mac 2008 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

22 Disember 2008 di Indonesia…

dan lain-lain lagi… sebenarnya ada banyak lagi negara dengan tarikh sambutan yang berbeza.. tapi aku rasa cukuplah apa yang aku tulis kat sini… kalau kalian mahukan lebih lagi.. jangan la segan melawat Pn Wiki atau En Google..

p/s: hohoho 1 Mei patutnya aku tulis pasal hari pekerja… tapi xde idea la… hohoho satu lagi.. tolong respon pada poll aku disebelah kanan anda itu ye… terima kasih…