kuasa pegiklanan di internet…

May 16th, 2008 3 Comments   Posted in Life

setelah internet berkembang pesat di Malaysia, dia telah menjadi satu medium pengiklanan yang agak popular… dengan bantuan syarikat-syarikat pengiklanan samada berbayar seperti adense,nuffnanng…. atau yang percuma seperti mudah.com.my.. semua benda boleh diiklankan di internet tak kira produk mahupun perkhidmatan.. segala jenis benda boleh diiklankan termasuklah minyak lintah.. (ads yang paling byk aku jumpa kt adsense)… mahupun perkhifmatan memperbaharui road tax secara online… hohoho

tapi kan.. secara jujurnya.. pada asalnya aku kurang yakin dengan kuasa pengiklanan di internet.. terutama bagi mempromosikan produk.. kalau nak promosi web atau perkhidnatan tu aku agak yakin la… selama ni aku anggap takkan ade org yang beli produk melalui internet.. sebabnya kita tak nampak benda yang kita nak beli tu.. kalau setakat gambar.. aku pon boleh jual macam-macam…hohoho

tapi rupanya aku silap selama ni.. hohohoho aku sedar pon sebab baru-baru ni.. bapak aku beli virago sebijik melaui forum bikers… hohoho mulanya aku agak terkejut gak la… balik daripada UTeM je ade virago sebijik depan rumah.. nak menambahkan lagi kesedaran aku.. tak lama selepas itu.. adik aku pulak sambar satu motor phanter melalui mudah.com.my… hohoho kini barulah ku sedar betapa hebatnya kuasa pengiklanan kat internet ni… hohoho selama ni aku cam tak ambil peduli je iklan -iklan yang muncul… sesungguhnya selepas ni aku akan menghargai setiap iklan-iklan di internet…hohohohohooh

saya nak daftar course blogging la…

May 13th, 2008 12 Comments   Posted in Blogging

ok satu berita yang menarik minat aku…UiTM sedia tawar kursus penulisan blog..

SHAH ALAM 12 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.

”Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.

“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.

lagi berita di Utusan Malaysia Online. atau versi bahasa Inggeris di the News Straits Times Online

selepas satu slot khas tentang blogger di warta perdana… sekarang ni ada satu jurusan blog pulak :-B… pergh… ade course khas tu untuk jadi blogger… lepas ni blogger2 yang tgah blur nak masuk course ape lpas da aabis skolah bleh la apply ye.. nanti boleh la tampal dekat page about me… “saya **** merupakan blogger lepasan UiTM dalam Jurusan BLog…..segala ilmu yang telah saya pelajari akan saya manfaatkan untuk kemajuan blogger masa depan :)>- “hohoho cam best la plak…

tapi ape silibus yang akan ade nanti ek.. subjek2 yang ditawarkan:-? disini aku listkan subjek yang mungkin ada..hohoho ni hanyalah andaian topo sahaja…. dan rasanya memang xkan ade subjek seumpama ni… melainkan kalo topo bkak U sendiri

  • mengenali blog (pergh satu sem belajar ape tu blog je… sure memang muntah la bdak2 ni kenal blog..)
  • mengenali blogger-blogger tanah air (satu subjek dimana blogger-blogger tanaj air diperkenalkan pada para pelajar… mari mengenali Tun Dr Mahathir, kenny sia.. mohd ismail.. emptyspace..titan..dan lain2..memang pengsan la kalo nak kena semua kenal 500000 blog dekat Malaysia ni….
  • cara mempromosi blog (hohohoho subjek yang menarik… xpayah beli buku rujukan.. ramai blogger dah tolong kasik tips.. konfirm bleh A
  • mendapatkan sponsor untuk blog..(ni cam nak apply ptptn @ nak mtak scholar la ni… hohoho)

dan lain-lain lagi… sape nak tambah subjek sila lah tambah sendiri… hohohooh dan untuk projek semester akhir.. sila buat blog yang mendapat at least 100 hits setiap hari… hohohooh

p/s: catzer… ko tgah carik keje kan??? pe kate ko apply jadi lecturer UiTM ajar course blog ni.. hohohoho

hari guru

May 11th, 2008 10 Comments   Posted in Life

Post ini ditujukan khas kepada semua guru-guru yang pernah mangajar aku.. dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang juga merupakan guru.. cikgu Azie (cikgu yang garang… jangan memain!!! tapi isteri yang baik… hohoho) cik cikgu wiween (first time aku lepak blog die cam x caya je dia ni cikgu.. xcaya pi la melawat….) kak riani (lecturer kira cikgu la jugak kan)

hari ibu telah selamat disambut pada hari ini bersamaan 11 Mei 2008.. sekarang tibalah masa untuk menghargai jasa guru-guru di seluruh dunia dengan menyambut hari guru pada 16 Mei yang akan datang.. aku rasa ramai yang tahu sambutan hari guru adalah pada 16 Mei ini sebab tarikh sambutannya tak berubah setiap tahun.. tapi kenapa pilih tarikh 16 Mei?? kenapa tak pilih 7 Januari ke?? biar sama tarikhnya dengan hari jadi topo??? ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama topo:)>-

ok sudah tentu lah negara-negara lain tak sama tarikh sambutan hari gurunya…Malaysia 16 Mei

  • Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
  • India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
  • China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)
  • lebih info.. sila lawati Pn Wiki ku sayang.. aku tak nak tulis lebih banyak tarikh sebab banyak lagi yang nak ditulis dalam post ni…

setiap tahun tema hari guru adalah berbeza-beza.. dan aku rasa tema-tema dia memang kena dengan peranan dan matlamat setiap guru…berikut adalah tema hari guru dari tahun 1998 hingga 2008 sumber dari Pn Wiki

  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

ok last but not least… bagi mereka yang sedang mencari lagu tema hari guru 2008..untuk di download.. mana la tau nak dijadikan ringtone ke.. tak pun nak mainkan kuat-kuat semasa sambutan hari guru nanti

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

ok sebagai penutup… topo hanya memberi informasi agar ramai tahu pasal perihal hari guru.. macam mana kalian gunakan maklumat ni terpulang lah… di harap korang dapat menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban.. sekian… Guru Cemerlang Negara Terbilang

topotato.com ke mylifeastopo??

May 9th, 2008 4 Comments   Posted in Blogging

hohoho akhirnya topo telah berhijrah ke domain sendiri… awalnya aku bercadang nak kapankan je mylifeastopo tu… tapi memandangkan blog tu dah ada pr3.. dan aku terasa sayang plak nak kapankan apa yang aku telah usahakan… so ape perbezaan topotato.com dgan mylifeastopo?? bezanya adalah seperti berikut..

untuk topotato.com aku akan menruskan apa yang biasa aku tulis di mylifeastopo..iaitu personal blog bagi topo… apa-apa je yang aku dapat fikirkan tanpa mengambil peduli tentang niche akan ditulis di sini ..contohnya:

  • semua blogger adalah pembohong
  • aku blogger yang kurang sopan
  • topo hanya dikenali di alam maya
  • hai saya sofia…

dan sebagainya..untuk mylifeastopo pula.. aku akan buat penjenamaan semula… memberi nafas baru pada blog tu…hohoho akan lebih fokus pada benda-benda yang betul serasi dengan life aku contohnya seperti anime,manga,movie2 yg sesuai dgan jiwa aku.. software2..web-web yang best2 dan menarik untuk dikongsi… so nantikanlah mylifeastopo… REBORN yang akan kembali bernafas pada 11 Mei 2008..

TAG o’ ais limau…

May 8th, 2008 4 Comments   Posted in tag

hohoohoh sekarang ni dah semakin jarang aku menaip post..aku walaupun aku dah habis exam..tapi kini aku semakin sibuk untuk memperlengkapkan topotato.com sebelum boleh dilepaskan di alam maya..ok masa untuk menjawab tag.. hohoho tag ini disedekahkan oleh saudara wanwma (macam mana nak promounce nama die ni ek?) hohoho ini merupakan tag aku tunggu-tunggu setelah sekian lama mengusya rakan-rakan lain membuat tag ni…

untuk tag ni aku disuruh untuk menceritakan perihal super hero yang aku gemari…buat masa ini super hero yang aku gemari.. sudah tentulah… tak lain dan tak bukan… si dirah besi.. iron man!!!

kenapa saya suka iron man?? kenapa saya suka iron man? kenapa saya suka iron man?? hohohoho korang x suka ke si iron man ni??suite dia semart gila!!! tu je satu faktor yang dapat aku fikirkan…. huish.. kalo aku jumpe action figure iron man ni.. memang aku sambar terus tanpa segan silu…sekarang ni itu lah first priority wish list aku…so kepada sesiapa yang teringin nak bagi aku hadiah.. sila la carikkan aku action figure iron man… dan lebih baik lagi sekiranya ia bersekala penuh 1:1.. memang aku akan sayang mereka yang bagi aku benda tu… hohoohoho aku rasa itu sampai disini sahaja lah post untuk kali ini…sekian hohoho bonus untuk kalian..

  • klik di sini untuk mendownload koleksi wallpaper iron man the movie yang aku miliki..
  • klik di sini untuk download iron man the movie punye screen saver yang meruntum jiwa… hohoho

sumber dari http://ironmanmovie.marvel.com dan google ku sayang…

p/s: aku memerlukan bantuan… sekarang ni aku menghadapi masalah untuk memberi komen di blog lain… penat-penat aku tulis panjang2… tetiba je hilang macam tu je bila aku tekan submit… tolong2!!!!. hohoho aku dah gian nak bagi komen kt blog org ni….sesiapa ade solution.. sila nyatakan kepada aku… tq

contengan selepas exam…

May 5th, 2008 5 Comments   Posted in Life

yeah exam da abis\:d/.. tibalah masanya untuk blog… hohoho setelah beberapa hari aku tinggalkan blog ni terumbang ambing sekarang ni aku nak menulis sampai lebam.. idea aku tgah mencurah-curah dan aku rasa cam nak tulis sekali 7-8 post je.. tapi aku rasa baik aku tido la… so aku nak compile semua post2 tertangguh tu jadi 1 post je.. pastu aku nak tido… hohoho mana p bantal aku ni….

traffic di blog ni sewaktu aku exam menakutkan aku…

last sekali aku update blog ni adalah pada 30april masa aku teruja dapat pr3.. hari tu juga aku buat satu post lagi tapi aku publish 1 mei.. post yang satu lagi tu la yang membawa traffik yang sangat mengejutkan aku.. hohoho post yang mengisarkan tarikh hari ibu di seluruh dunia menyebabkan trafic aku naik 2-3 kali ganda… setiap hari at least ade 30 org yang cari pasal tarikh hari ibu dan membawa kepada blog aku…hohoho blog ni sekarang berada di ranking pertama bagi keyword tarikh hari ibu di enjin carian yahoo tempat kedua di google.. tapi melalui innit.. aku sangat terkejut tengok hits2 yang datang… hohoho terbukti rakyat Malaysia memang sayang akan ibu mereka… hohohoh terima kasih kepada para ibu sekalian… kerana mu traffic blog ni meningkat dengan mendadak…:x

theme baru oh theme baru

adui.. aku sebenarnya sangat teruja dan sangat meminati theme yg baru aku kerjakan ni.. tp berdasarkan dari respon yg aku dapat dekat poll.. 6 org ckap theme ni serabut.. 4 org suruh aku kembali ke theme damai… 2 org kata theme ni berat gila.. hohoho ade 3 org je kata theme ni nice.. hohohoholebih kurang 87% memberikan respon yang negatif… adui lg sekali.. aku suka theme ni.. tapi apalah gunanya kalau aku je yang suka theme ni.. org lain semua tak… hohohoho tapi sekarang baru ade 15 org je yang vote.. aku memerlukan lebih undi lagi… so kepada yang belom mengundi lagi.. tolong la undi ye.. kalo lebih ramai yang bg respon negatif.. akan ku kapankan theme ni hohoho.. lagi satu aku juga sangat memerlukan idea untuk menambah baikkan theme ni.. tolong la ye rakan sekalian…kepada yang belum mengundi sila lah undi ye.. undi andalah rahsia hohoho.

[poll id=”1″]

saya dah jumpa iron man…

I've net the iron manhohohoho walaupun aku masih dalam mode exam tapi aku berjaya jugak menonton filem yang amat dinanti-nantikan iron man… aku menonton iron man sejurus selepas aku tamat exam data communication & network pada 2 mei lalu.. hohohoh exam abis pukul 5… aku terus pergi MBO dengan masih lagi memakai lab coat dan membawa calculator serta alat tulis di dalam poket…aku berjaya sampai pada jam 5.10.. trus beli tiket pukul 5.00ptg.. da tak sanggup da tunggu lama2…naseb baik la masa aku masuk tu dia baru start…hohoho kerana pembelian tiket yang agak lambat.. aku menjadi customer vip dengan mendapat tempat duduk yang paling depan sekali… takde langsung makhluk lain disebelahku.. hohoohho memang vip la time tu… satu row aku duduk sorg.. dan xde makhluk yang menghalang penglihatan aku untuk menatapi sut besi tu.. (aku bkan duduk di row paling depan yang mnyakitkan tengkuk.. aku dapat row no 4 ke no 5… ) hohooho dengan perasaan teruja dan kelselasaaan aku dapat.. aku menonton iron man dengan sangat khusyuk sekali… xde apa yang mampu mengalihkan perhatian aku… Read the rest of this entry »