hari guru

Life May 11th, 2008

Post ini ditujukan khas kepada semua guru-guru yang pernah mangajar aku.. dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang juga merupakan guru.. cikgu Azie (cikgu yang garang… jangan memain!!! tapi isteri yang baik… hohoho) cik cikgu wiween (first time aku lepak blog die cam x caya je dia ni cikgu.. xcaya pi la melawat….) kak riani (lecturer kira cikgu la jugak kan)

hari ibu telah selamat disambut pada hari ini bersamaan 11 Mei 2008.. sekarang tibalah masa untuk menghargai jasa guru-guru di seluruh dunia dengan menyambut hari guru pada 16 Mei yang akan datang.. aku rasa ramai yang tahu sambutan hari guru adalah pada 16 Mei ini sebab tarikh sambutannya tak berubah setiap tahun.. tapi kenapa pilih tarikh 16 Mei?? kenapa tak pilih 7 Januari ke?? biar sama tarikhnya dengan hari jadi topo??? ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…hohoho mari belajar sejarah bersama topo:)>-

ok sudah tentu lah negara-negara lain tak sama tarikh sambutan hari gurunya…Malaysia 16 Mei

  • Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
  • India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
  • China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)
  • lebih info.. sila lawati Pn Wiki ku sayang.. aku tak nak tulis lebih banyak tarikh sebab banyak lagi yang nak ditulis dalam post ni…

setiap tahun tema hari guru adalah berbeza-beza.. dan aku rasa tema-tema dia memang kena dengan peranan dan matlamat setiap guru…berikut adalah tema hari guru dari tahun 1998 hingga 2008 sumber dari Pn Wiki

  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

ok last but not least… bagi mereka yang sedang mencari lagu tema hari guru 2008..untuk di download.. mana la tau nak dijadikan ringtone ke.. tak pun nak mainkan kuat-kuat semasa sambutan hari guru nanti

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

ok sebagai penutup… topo hanya memberi informasi agar ramai tahu pasal perihal hari guru.. macam mana kalian gunakan maklumat ni terpulang lah… di harap korang dapat menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban.. sekian… Guru Cemerlang Negara Terbilang

10 Responses to “hari guru”

  1. wiween says:

    uihhh incik..huhuhuk ade plak nama kite dlm entry ni ek.ape psl anda kata kite x mcm cikgu haaa…huahahha
    ———-
    topo: anda macam terlalu muda remaja je… hohoho

    [Reply]



  2. zool says:

    SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia
    ———-
    topo: ya.. selamat hari guru.. hohoh advance nye aku ni…

    [Reply]



  3. zariel says:

    topo… x nk ngorat cekghu ween ke? :d
    ———-
    topo: nanti2 la.. hohohoho

    [Reply]



  4. Sue says:

    “SELAMAT HARI GURU” buat semua guru-guru di Malaysia…Terima Kasih Cikgu jasamu tetap di kenang…

    [Reply]



  5. nUrULeFA says:

    sLamAt hAri gUru 😡
    thnx t0p0, ak p0n lUpa~
    xM fevEr~

    dirikU? bakAL2, iA~:d
    xsbAr mahU berbAkti di msiAkU~
    di sini? pity f0r tEachErs…
    stUdent are n0t respEct them…
    [-(
    ———-
    topo: xsabar nak balik berbakti.. =d>hohohooh

    [Reply]



  6. liyana says:

    hei you all<:-p

    [Reply]



  7. me says:

    huhuhuhuuh

    [Reply]



  8. moon says:

    ala nak lirik lagu hari guru, x igat lirik pnuh dia, igt sikit jer, cmni……

    kami guru malaysia,
    berikrar & berjajji,
    mendidik & memimpin,
    putra putri negara kita,

    pada seri paduka,
    kami tumpahkan setia,
    rukun negara kita,
    panduan hidup kami semua,

    dibidang pembangunan,
    kami ………..
    membantu,membina,
    negara yg tercinta,

    amanah yg diberi,
    kami x persia kan,
    apa yg kami janji,
    tunai tetap kami tunai kan,

    [Reply]



  9. mohd nor says:

    nak tanya yg ada kat ruangan ni, sapa2 ada minus one lagu kami guru malaysia. saya salah seorg guru yg ada di malaysia ni, nak kena nyanyi so nak tambah best kena ada minus one tolong yer

    [Reply]



Trackbacks

  1. convert tulisan rumi kepada jawi secara online | my life as topO... REBORN

Leave a Reply