TAGnificent seven…

May 31st, 2008 7 Comments   Posted in tag

ok masa untuk menjawab tag…ade hutang tag bertagguh… terasa malas plak.. tapi makin lama dibiarkan nanti lagi banyak la.. so mari menjawab tag… hoho tag yang panjang ni disedekahkan oleh e-zoodeen (susahnya aku nak ingat url ko…..) tag ni ditujukan pada mylifeastopo.. tapi blog tu still under construction.. kat sini la aku jawab ye…

  1. 7 Fakta tentang saya.
  2. 7 Perkara menakutkan saya.
  3. 7 Lagu buat mase sekarang.
  4. 7 Perkataan yang saya selalu sebut.
  5. 7 Perkara amat bernilai.
  6. 7 “Pertama Kali” dalam hidup saya
  7. 7 Blog yang dipilih…

Read the rest of this entry »

hari bapa…

May 28th, 2008 23 Comments   Posted in Life

Tarikh Hari Bapa 2011

KLIK SINI untuk tarikh hari bapa 2009

rasanya masih terlalu awal untuk tulis pasal hari bapa… tapi setiap hari ramai yang datang ke blog ni dengan keyword hari bapa… jadi untuk tidak menghampakan kalian.. akan ku tulis beberapa perkara tentang hari bapa..hohoho

ok sebelum aku melalut jauh.. tarikh hari bapa… sama macam hari ibu.. tarikhnya berubah setiap tahun dan berlainan bagi setiap negara… mungkin bagi mereka yang menganggap hari bapa patut disambut setiap hari tarikh ni tak penting.. tapi bagi aku tarikh ni sangat penting..

ok tarikh hari bapa bagi setiap negara…bagi tahun 2008 dan tahun2 lain…sila lah buat kira-kira sendiri..

15 June 2008– bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun bagi negara-negara berikut: Malaysia,Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

5 Disember 2008 – tarikh yang tetap.. bagi Thailand

7 September 2008 – Ahad pertama dalam bulan September bagi negara Australia dan New Zealand

20 Julai 2008 – Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay

19 Mac 2008 – tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

untuk lebih info tentang tarikh.. sila lawati Pn Wiki…ok oleh sebab masih lama lagi sebelum kita akan menyambut hari bapa iaitu pada 15 Jun.. aku nak kongsikan beberapa barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah hari bapa.. so sempat lagi la korang nak kumpulkan duit…

tie hari bapaTie Hari Bapa.. aku rasa kat Malaysia benda ni agak kurang popular.. hadiah sebegini lebig popular di negara-negara barat seperti US.. dimana kalau hari bapa je anak-anak mereka akan bagi tie kt ayah mereka… tulis macam2 ucapan…kat Malaysia rasanya agak jarang kan? tak tau la kalau aku je yang tak tau….tapi rasanya tak salah kalau kita pun bagi ayah kita tie pada hari bapa nanti.. sebagai satu simbol penghargaan…harga dia takde lah melampau sangat… tapi hadiah sebegini memang tak sesuai untuk ayah aku sebab die memang tak pakai tie…aku pun sebenarnya tak suka pakai tie.. rimas aku.. hohoho like father like son hohoho ..gambar diambil dari sini..cartoonstock.com

potret gambar ayah…hohoho bernas gak idea ni… sekarang ni pun ramai yang membuat potret secara online.. contohnya macam di Idham Xpression harga pon agak murah.. ada dalam lebih 2 minggu lagi sebelum hari bapa.. sempat rasanya..nak siapkan benda tu.. tapi kalau nak versi yang lebih funky.. atau nak buat karikatur gambah ayah.. p la tanya kat kartunis ubi… hohohoho dia ada buat perkhidmatan karikatur secara online…

kad hari bapa…hohoho benda yang paling common sekali… amat sesuai bagi mereka mereka yang berada di perantauan… walaupun pun harganya tak seberapa.. tapi yang penting keikhlasan.. atau mungkin korang boleh try pergi ke enveluv.com.. dia menawarkan kad secara percuma.. termasuk penghantarannya sekali… segalanya percuma..dan sempena hari bapa ni enveluv ada menawarkan kad istimewa father’s day – superhero khas untuk bapa2…

dan akhir sekali… hadiah khas untuk anak2 yang bapa mereka merupakan seorg blogger.. hohohoh apa kata korang sponsor domain ngan hosting bapak korg.. hohoho tu boleh jadi hadiah untuk tiap-tiap tahun… hohoho tak payah pening-pening kepala fikir nak beli ape untuk hari bapa.. hohoho so kepada Luqman.. nanti da besar sikit nanti hari bapa ke hari jadi ke.. hari pekerja ke.. bayarkan domain ngan hosting ayah kamu ye.. hohohoho:D

ok.. idea yang last tu memang tak berapa betul sket.. tapi tak salahkan:>ramai ape blogger dikalangan bapa..hohoho ade beberapa minggu sebelum hari bapa..mungkin aku akan update lagi kalau terfikirkan benda yang lebih menarik.. mungkin la…

kenapa topo menulis blog..

May 26th, 2008 8 Comments   Posted in Blogging

ramai yang tanya aku.. kenapa aku tulis blog.. apa ada kat blog aku..ade untung ke tulis blog ni… mula-mula bosan gak aku nak menjawab…. nanti lama-lama diorang faham la kot… hohoho ye la blog dah jadi fenomena baru yang menggemparkan dunia.. hohoho mana tak nye.. samy vellu pon nak menulis blog.. hohoho betapa hebatnya penangan blog…jadi kenapa topo menulis blog ye…

ok secara jujurnya… masa mula-mula aku nak menulis blog dulu adalah kerana adsense… aku kenal adsense dulu baru aku kenal blog… tapi makin lama aku semakin bosan dengan adsense tapi minat aku terhadap penulisan blog makin bertambah.. sekarang ni aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari adsense dan teruskan menulis blog aku…

aku menulis blog adalah kerana aku dah mula bosan dengan internet…sejak aku mula kenal internet pada tahun 2001 dah banyak web da aku join… mostly web-web yang mengarut.. contohnya neopets,circles99,friendster dan apa ntah lagi… tapi benda tu semua mendatangkan keseronokan sekejap je… bosan gila… dan aku cuba carik benda baru plak…so aku pon menulis la blog.. hohoho

aku menulis blog adalah kerana aku nak belajar dan cuba benda yang baru… masa aku semangat dengan circles99 dulu.. aku belajar html… adelah sket2 ilmu… masa bersama frenster aku kenal css.. walaupun tahu basic yang terlampau basic je…dan dengan blog aku belajar lebih banyak lagi perkara baru yang lebih menarik…

aku menulis blog sebab dari dulu lagi aku teringin nak ada domain sendiri… tapi aku tak tahu apa yang aku nak letak dekat domain aku.. hohoho aku mula melupakan cita-cita tu… tapi.. hohoho setelah mengenal blog ia memberi sinar baru pada cita-cita aku nak ada domain sendiri… sebab aku jumpa banyak blog yang mempunyai domain sendiri..dan sebab itu lah topotato.com wujud.. :)>-

aku menulis blog adalah sebab kerana…kononnya nak mempromosi diri di internet… hohoho menurut ketua jabatan course aku.. adalah satu kerugian bagi pelajar course aku untuk tidak mempromosi diri mereka di internet.. hohoho ntah la aku pon xtau.. tapi aku rasa ada kebenaran gak la… course aku adalah computer science… interactive media plak tu.. hoho aku rasa dengan membina blog @ web aku boleh tunjukkan hasil kerja dan dapatkan pengalaman.. hohoho sebab ada ramai senior2 aku yang grad kerja dalam bidang ni.. ermmm ntah la.. ye kot..

dan akhir sekali… semua orang ada blog… menteri,penyanyi,pelakon,engineer,cikgu,lecturer,penulis buku… sume ade blog.. hohooh nak gak ada blog.. hohoho jadi kamu pulak… kenapa kamu menulis blog??? dan kamu yang lagi sorang tu… kenapa kamu tak menulis blog… hohoho

bertuahnya topo minggu ni…

May 23rd, 2008 10 Comments   Posted in Life

walaupun minggu ini amat mendukacitakan oleh sebab internet yang sekejap slow sekejap laju..tapi minggu ni aku agak bertuah di alam maya ni…sebabnya adalah kerana..

aku menang pertandingan teka buku kat blog tok mudin… hohoho pertandingan itu menyuruh pembaca meneka 2 buku yang telah di baca oleh tok mudin dalam list 100 Must-Read Books: The Essential Man’s Library dan aku dapat meneka dengan yakinnya dalam cubaan pertama dan membuatkan tok mudin berasa kagum dan terkejut… hohooh aku yakin tok mudin dan pesaing-pesaing aku yang lain nak tau macam mana aku mendapat jawapan berkenaan.. hohooho di sini topo akan memberi pendedahan ekslusif rahsia kemenangan topo… caranya aalah dengan mengexplore kesemua 87 buku yang telah dibaca oleh tok mudin yang telah beliau letakkan di goodreads hohoh sebab itulah aku dengan yakinnya menjawab teka-teki berkenaan.. hadiah yang aku menangi adalah sebuah buku yang berharga tak lebih dari rm30 yang boleh dibeli dari mana-mana kedai buku online.. tapi masalahnya aku tak tau nak beli buku ape.. hohoho sesiapa ade cadangan bernas.. dipersilakan….

yang ke dua pulak.. pada pagi Rabu yang lepas.. aku telah menerima email dari Fadhlullah Abd Rahman fivio.com.. nak tau kandungan email tu?? kalau tak nak tau berhenti baca perenggan ni dan teruskan ke penutup..hohoh dalam email tu menyatakan bahawa fivio nak sponsor hosting untuk topotato.com… hohoho baru 13 hari topotato.com online.. dah ade yang nak sponsor hosting.. tawaran yang diberikan sangat menarik… pada mulanya aku tak percaya..aku pun melakukan beberapa eksperimen untuk menguji kemampuan fivio… hohoho sama macam apa yg pernah aku buat masa cari hosting dulu.. eksperimen yg aku lakukan adalah seperti berikut…

  1. bertanya pada en google,sifu aku, dan juga admin fivio tu sendiri…cari pasal fivio ni… adalah jumpa sikit2…
  2. aku test customer support die dengan beberapa soalan…paling lama respon 30min.. hohooh ok la tu…
  3. aku carik blog yang bernaung di bawah fivio dan dapatkan respon dari admin.. tapi admin tu x reply plak.. hohooh
  4. aku try ping blog dan web yang bernaung bawah fivio… hohoho laju…
  5. dan beberapa eksperimen kecil yang tak perlu dinyatakan… hohooh

walaupun aku amat berpuas hati dengan keputusan eksperimen aku.. tapi aku rasa aku akan menolak tawaran tu… bukan sebab aku tak yakin dengan fivio… fivio memang hebat… cuma aku rasa aku nak tanggung sendiri topotato.com ni sampai dia betul-betul kukuh… so sori lah saudara Fadhlullah saya menolak tawaran anda… biarlah aku majukan dulu topotato.com ni.. kemudian barulah berbaloi untuk disponsor oleh sesiapa…

hohoho itu je la… aku sekarang masih lagi mencari-cari tajuk buku yang best dan kedai-kedai buku online untuk claim hadiah aku.. hohooho.. so guys cadangan anda amatlah dihargai…

apa topo buat bila internet slow…

May 21st, 2008 15 Comments   Posted in Life

dalam masa beberapa hari kebelakangan ni internet kat rumah aku super slow… nak bukak google pon tak lepas.. apatah lagi nak baca email yahoo yang sangat lama tempoh loading tu…tekanan gak la.. da la keje tengah banyak.. aku xnak maki streamyx seperti org yang sering dilakukan oleh rakan2 lain.. hohoho ye la.. bapak gua keje kat situ beb..hohoho cam x manis la kiranya aku maki company tempat keje bapak aku… hohoho agak best jadi anak TM ni.. line telephone xpayah bayar sewa.. aku pakai post paid celcom.. free sewa.. rate sms dengan call pon sangat murah…streamyx aku special price.. hohooh korang bayar bulan2 berapa?? RM77??? hohoho aku bayar separuh je dari tu kot… dan banyak lagi la kelebihan…adui… da melalut la plak… ini bukan post berbayar dari TM ye

ok sebenarnya aku nak listkan apa yang boleh dibuat bila connection internet super slow…

  1. maki streamyx.. seperti telah dinyatakan di atas..aku aku x maki streamyx…xde untungnye nak maki die…hohoho
  2. buat kerja yang lebih berfaedah.. seperti tengok adik2 study untuk mid term exam… pastu kacao diorg!!! hohoho bdak2 sekolah sekarang tengah mode exam.. hohoho rasakan!!
  3. tidur!!! pastu bangun.. dengan harapan semua ni merupakan suatu mimpi… dan internet kembali laju seperti biasa.. hohohoo
  4. semasa tunggu loading… lumba tahan nafas… hohoho tengok mana lagi lama.. loading ke… kemampuan kita tahan nafas… hohohoo biasanya aku kalah…
  5. print screen laman web kegemaran anda…kalau berjaya bukak… lepas tu jadikan sebagai wallpaper desktop.. mana la tau lepas ni tiada harapan lagi nak tengok web site tu..(aku selalu buat camni.. dan ramai yang telah tertipu…hohoho)

hohoho wallpaper yang sering menipu rakan2...

hohoho 5 4 tips je la ye… aku takut kalau tulis panjang-panjang nanti x berjaya nak publish nanti…kalau rajin sila lah tambah sendiri ye.. hohoho aku nak cadangkan gi tengok wayang ke.. hang out dengan rakan-rakan ke.. tapi tips tu common sangat la…dan ramai yang dah tau.. lagi pun kung fu panda tak keluar lagi… 6 JUN baru keluar…cerita lain semua x memberi nafsu aku untuk menonton… hoohoho sori la meghampakan mereka-mereka yang mengharapkan ada tips macam mana nak melajukan connection internet… sori tiada di sini..:-“

p/s: korang tau x panda dalam movie kung fu panda bernama PO… hohoo (ada kaitan ke dengan TOPO??) usya trailer + sinopsis segera kung fu panda kat sini..

template baru blog topo…

May 18th, 2008 9 Comments   Posted in Blogging

hohoho topo telah menukar theme baru…agak berat sebenarnya aku nak tukar theme baru.. aku agak jatuh hati dengan theme aku yang sebelum ni.. tapi ape kan daya.. ramai yang tak menggemari theme aku yang sebelum ni.. so terpaksa la aku tukar.. ape gunanya kalau aku je yang suka theme tu tapi kebanyakkan reader tak suka… hoohohoh siapalah topo ni nak dibandingkan dengan kalian semua…

pengenalan kepada theme baru.. ok buat julung kalinya aku gunakan template yang bukan buatan Malaysia.. hohoho.. sebelom ni aku guna blog oh blog v2 yang telah dikucar-kacirkan oleh aku.. dan sebelum tu lagi.. aku guna theme damai dari eches….ok theme baru ni bernama club yellow… hohoho warna kuning… mana hilangnya greeny topo??? sebenarnya aku telah cuba sedaya upaya mencari theme hijau yang meruntum jiwa… yang sehebat damai… tapi malangnya aku tak ketemu langsung… jadi terpaksala aku bertukar ke warna kuning.. tapikan.. kalau eches ade released theme baru yang berwarna hijau.. aku akan serta merta menukar theme aku.. so eches.. jika anda buat greeny theme lagi.. let me be the first to know… (macam la topo ni penting sangat…:-“)

dan buat pertama kalinya juga aku menggunakan 2 column theme.. selalunya sure 3 atau 4 menjadi pilihan.. hohoho aku dah minimize kan widget sebaik mungkin.. yang mana tak penting tu di tolak tepi untuk memastikan blog ni tak serabut sangat dengan widget yang pelbagai…diharap korang pun suka la pada theme ni sebagaimana aku menggemarinya.. hohoho kalau tak suka pon buat-buat suka sudah… hanya untuk menjaga hati aku… hohoohoh

p/s: sebenarya aku tak tahu mana satu yang betul.. theme ke template.. jadi aku carca marbakan penggunaan dua-dua istilah tu…