CGYhost = problem…

April 15th, 2008 28 Comments   Posted in Blogging, Reviews

sekarang ni aku sangat kecewa… just for info… blog baru aku dihostkan kt CGYhost dan aku sangat menyesal ade buat blog kt company ni… walaupun hosting ni bkan aku yang bayar tapi- member aku sponsor.. tapi aku still sangat kecewa.. hari ni baru aku boleh access topotato.com setelah 3 hari dia down.. tapi aku masih blom boleh access cpanel lagi..UPDATE 15 april 5pm: CGY jam balik sekarang ni

asalnya bila member aku cakap dia ade blanja aku hosting ngan domain kat CGY mmg aku dah agak down.. apasal la mamat ni x cerita kat aku dulu sebelom die beli hosting tu.. kalo x memang bangkang abis… tapi bila pk2 balik org dah blanja aku try je la… dan khai pon ade story pasal CGY kt blog die.. die kata company tu dah ok.. so why not kalo aku cuba….

antara problem2 yang aku hadapi dalam proses aku nak memilki hosting kat CGY

  1. dia war2 kan setup dijalankan 24jam selepas pembayaran valid.. tapi aku punya lebih seminggu baru siap setup.. asalnya aku xksah sangat.. aku budget sure lambat sikit sebab aku buat bayaran hari sabtu.. and sabtu tu cuti so aku ingat Isnin nnt baru die setup.. xpela tapi lebih seminggu baru dia setup domain and hosting aku..urgh bodoh…
  2. customer service dia sangat teruk.. aku dah hantar 4 email pda support die tanya kenapa lambat sangat.. dan kat web dia cakap mereka akan bagi respon +-24jam.. tapi.. aku rase dekat 4-5 hari gak la aku tgu respon die…bodoh
  3. kononnya ade customer suport via ym,, dan sentiasa mnunjukkan diri online.. tapi tu sume mnipu.. dia dia online sms plak.. bodoh!!!.. dan sudah tentu la mereka xreply msg aku.. dan aku bernasib baik dapat detect die online.. tu pon pkul 630 petang nak dkat2 maghrib..
  4. bila aku dapat detect support die online aku pon mula bertanyakan soalan.. aku mulakan soalan dengan sopannya.. dia pon menjawab dengan senyuman.. pastu bila aku tanya kenapa aku punya hosting + domain x siap setup lagi dah labih seminggu die cakap kejap ye dia check…dan sekali lagi… bodoh..sekejap die bermaksud xde langsung… lama gak la aku tgu dia respon.. hampa… xde respon langsung pastu…
  5. selepas beberapa hari aku pon dapat pelbagai email kata domain ngan hosting aku da siap setup… hohoho gumbiranya…sebagai seorg newbie mmg aku xtau ape2.. aku try la carik ape-ape tutorial kat CGY.. tpai xde yang membantu.. kali ni bkan CGY yang bodoh.. aku yang bodoh..hohoho xpe la.. setelah explore dgan sngat mendalam dan dpatkan bantuan beberapa otai baru la aku berjaya setup wordpress dlam topotato.com… hohohoho gembiranya aku
  6. tapi tak sampai seminggu topotato.com berada di persada web… server down la plak.. adoi.. bodoh… aku dah start kecewa dan berazam nak tukar hosting lain.. aku nak biar je hosting yang member aku beli kat CGY tu.. sekarang ni aku tengah mencari hosting yang best… shortlist sekarang mercumaya,DataKL,Internet-webhosting.. dan aku masih perlukan pedoman!!!

p/s:actually bukan CGY je yang bodoh.. aku pon bodoh gak sebab nak buat blog guna hosting die.. tapi..da org bagi free aku try je la..

p/s lagi: soalan: ada ape dengan topotato.com???

jawapannya: xde pape… hohohohoho

saya sedang mencari hosting yg best..

April 12th, 2008 25 Comments   Posted in Blogging, Life

setelah 4 bulan blog ni hidup bawah naungan fwenz.info memang best gila dok bawah fwenz.info ni.. space besar.. bandwidth besar.. laju gile.. tapi aku teringin jugak nak ade domain sendiri… cam bes je rasenya ade domain sendiri… tapi diriku mempunyai masalah sbab aku tak tau nak pilih hosting yang mane satu..kawan aku ade sponsor hosting gune tp gune cgyhosting.. dan aku rase ramai yang tau psal cgy ni…bila aku cerita kat otai2 blogger cam emptyspace ngan catzer aku ade domain under cgy.. 2-2 soh aku tukar hosting… dan hari ni.. cgyhosting jam.. adoi so aku rase cam nak biarkan je  hosting yg mmber aku sponsor tu..  dan beli hosting lain yang lebih boleh diharap…I need help…bantulah diriku mencari hosting yang sesuai + best….antara ciri2 hosting yang aku mahukan:

  • malaysian.. yg menerima RM.. senang aku nak buat payment (hohohoh support barangan dari Malaysia)
  • budget aku antara RM 60 – RM 100 setahun..
  • kalau boleh aku nak space & bandwidth yang agak besar..(byk perancangan masa dpan..)
  • ade add ons domain.. bleh support banyak sub-domain..
  • takde sebarang masalah,… x down..
  • ape lagi ye…

so guys sesiapa yg ade cadangan.. nasihat… larangan…pedoman… silalah bantu diriku ini… hohohoho

p/s: ade ape degan topotato.com???

ticki TAG tambola….

April 9th, 2008 5 Comments   Posted in tag

ni la tag yang aku paling nak elakkan… kena jugak..time kasih la ye mama mimie…syarat utk tag ni… kena mainkan lagu pastu tulis lagu ape yg sedang dimainkan sambil menjawab soalan..dah habis satu soalan sila tkan next utk lagu seterusnya…sila kaitkan jawapan anda dgan lagu2 yang sedang dimainkan…

Soalan #1 : If someone say “Is This Ok?” You say?
Song : Capital E – bittersweet
Answer: sure… aku ok je…:)>-

Soalan #2 : What would best describe your best personality?
Song : bubbly-colbie cailat
Answer: hohoho macam kena je lagu ni ngan soalan ni… hahahah aku adalah aku… sape a xuka prangai aku.. bye…

Soalan #3 : What do you like in a guy/girl?
Song : angel’s ochestra- disagree
Answer: “huh??? ape yang aku suke….x suke kot…aku mementingkan x factor yang ssah nak dicari… hohoh
Read the rest of this entry »

segmen khas bersama blogger…

April 5th, 2008 7 Comments   Posted in Life

hohoho memandangkan ade lebih dari 500000 org blogger kat Malaysia ni dan telah terbukti bahawa blog merupakan satu medium penting yang mampu membawa impak yang besar… kini RTM akan menganjurkan satu segmen khas bersama blogger.. segmen khas selama 20 minit itu akan mula pada 20 april 2008 di RTM dan akan menjadi salah satu slot dalam warta perdana… kononnya.. segmen itu bertujuan untuk memberi ruang kepada kita.; para bloggers untuk memberi pendapat dan menunjukkan bahawa kerajaan sedia nak berurusan dgan media alternatif macam blog. selain ituslot ini juga bertujuan untuk membincangkan sebarang isu semasa yang ditimbulkan oleh para bloggers. menurut Menteri Penerangan yang baru,Datuk Ahmad Shabery Cheek kerajan sentiasa yakin dengan mandat yang diberikan oleh rakyat dan tak perlu berselindung dalam apa-apa juga keadaan.

sama-sama lah kita menonton warta perdana pada 20 April jam 8.00 malam.. hanya di RTM 1..

sumber dari bernama

——————————

ok tutup sesi formal… hohoho aku ade byak soalan nak diajukan pada kalian…saje nak tau pendapat…

  1. ok sape yg xtau Warta Perdana tu ape??? sila angkat tangan… hohohoho
  2. bila bukak TV… siapa yang trus bkak RTM tanpa mempedulikan bayak lagi channel lain???
  3. korang rase siape blogger 1st yg diorang nak panggil??? Kenny Sia?? Anwar Ibrahim?? Lim Kit Siang?? Afdlin Shauki??? ke Khir Toyo…
  4. rasa2 segmen ni boleh membawa ape2 kesan x pda dunia blog sekarang ni?? ke boleh letak anugerah “Saya blogger yang telah ditemu ramah di RTM” hohoho sure naik traffik kaw2 ni…
  5. ape lgi ek nak tanya… hohoho tgu je la 20 April ni ye…

kreko!!!!

April 1st, 2008 13 Comments   Posted in Life, Masterpiece, Reviews

kreko...

huh?? kreko?? kropok??? ape tu kreko?? tu la soalan yang paling aku menyampah bila aku tnya kt kdai2 buku@majalah “ade kreko baru??” pastu sambil gelak sinis die tnya aku balik kreko tu ape??? ;))kalo nak nak keropok ade la… kalo org2 kebanyakkan yg tanya camtu.. aku dgan snang hati memberi penerangan detail dan turut mempromote kreko pada mereka..tp bila peniaga kecil mahupun yg besar2 tnya camtu.. aku rase cam nak bakar je kedai diorang.. hohooh ok tutup intro aka ,luahan rasa x puas hati…
Read the rest of this entry »