blog saya dapat pagerank 3…

April 30th, 2008 7 Comments   Posted in Blogging

oleh kerana ada beberapa hari gap sebelom next paper.. aku pon membuka la mangga di laptopku ini.. hohoho dan seperti biasa aku pon memulakan aktiviti berjalan2 mencari blogger dan menjerit2 dimana-mana blog yang ada kotak jerit… so kepada mereka yang datang daripada kotak2 jerit… selamat datang aku ucapkan..semasa aku berjalan2 mencari blogger aku singgah di blogjer.com sbab dia ade post baru pasal google da update pagerank.. aku pon cuba2 nasib la mana la tau kot boleh naik ke pr blog ni.. asik 0 je.. tempat pertama yg aku check adalah kat fwenz.info punye pr checker.. tapi malangnya tokei da buang page tu sbab ade problem so aku pon mula la bertanya pada encik google.. first check aku sgat terkejut sbab kononnya blog ni dapat Free Google PageRank Checker Script kalo betul la gambar kat sebelah ni menunjukkan blog ni bersamaan dengan pr3..hohoho teruja gila aku… tapi aku masih tidak mempercayainya.. aku pon cubalah lah beberape belas pr checker lagi… dan hasilnya sangat memberansangkan.. hohoho 98% mengiyakan pr3 blog ni.. hohoho aku agak teruja dan gembira!!! ye la blog ni baru berusia 4 bulan… tapikan… blog ni akan dikapankan tak lama lagi.. selepas aku pindah kt topotato.com… takpe la kot.. stylo gak kapankan blog yang PR3.. hohoho bermakna la sikit pengebumian dia nanti…

ok kalau kalian semua perasan aku baru tukar theme.. dan aku masih lagi menggunakan theme buatan Malaysia.. iaitu theme bob mase blogohblog blom dijual.. theme ni aku kucar-kacirkan khas untuk topotato.com… hohoho tapi kan aku rasa macam blog aku ni menjadi sgat berat.. so guys I need your opinion.. sila jawab poll di sebelah kanan ini ya.. terima kasih…

kenapa pelajar suka meniru?

April 28th, 2008 2 Comments   Posted in Life

hohoho disebabkan aku kini berada dalam exam mode.. aku menaip post ini hhohoho… untuk pengetahuan..sewaktu kalian membaca post ini aku sedang bertungkus lumus study untuk paper database pada 29/05.. bersamaan esok.. kalo la time post ni berjalan dgan lancar.. hohoho first time aku guna time post… ok2 berbalik ke tajuk asal… kenapa pelajar suka meniru?? terutamanya sewaktu exam…

berdasarkan kajian dan pendapat rakan-rakan terdapat beberapa pendapat yang boleh dipertimbangkan.

sebelum menjawab peperiksaan.. pengawas yang menjaga akan memberi arahan yang berbunyi “sila baca arahan dengan betul dan patuhi segala arahan yang terkandung dalam buku soalan” so arahan yang paling digenari adalah arahan yang terdapat di sudut sebelah kanan bawah di setiap kertas soalan.. arahan tersebut adalah seperti berikut… “sila lihat sebelah”

maka… maknanya.. pelajar yang meniru tu sebenarnya bkan meniru pon..mereka cuba mengikut kehendak soalan… nanti kalu x ikut kehendak arahan.. markah akan ditolak… hohohoho jadi tidak salah la maka sekiranya pelajar melihat rakan jawapan disebelah meja mereka…hohoh

satu lagi perdapat yang yang telah berjaya dijana olehku.. menurut topo, peperiksaan ni boleh la diibaratkan seperti peperiksaan ninja yang diambil oleh naruto… di mana para pelajar di beri amaran agar tak boleh kantoi meniru.. tapi pada hakikatnya.. para pelajar boleh meniru menggunakan skill yang terkandung dalam diri mereka berdasarkan pengalaman yang ada.. hohohoh

so oleh sebab pendapat yang telah dinyatakan para pelajar bertungkus lums mngasah skill mereka setiap kali menduduki peperiksaan.. dan skill mereka semakin berkembang dengan pesatnya.. sekiranya dulu menggunakan hikmat pusingan kpala 360 darjah kini x perlu lagi.. berkat pengalaman yang tersemat di dada..x main la pusing2 sampai 360.. pusing sikit2 je dah ckup.. hohoho

tapi malangnya pendapat pertama x dpat dijalankan di UTeM ni.. sebabnya.. setelah aku kaji setiap inci buku soalan tu.. xde langsung ayat sila lihat sebelah… hohoho so maknanya pendapat 1 tak laku kat UTeM.. waaa!!! x caya tgok sendri paper exam aku.. hohoho sila klik untuk menikmati plugin lightbox yang sgat ssah di install

p/s: patutlah rakan2 aku kat sini semua study dgan sangat tekun sampai buku tu dibawa ke alam mimpi…

aku blogger yang kurang sopan??

April 25th, 2008 20 Comments   Posted in Blogging

oleh kerana hari ni t\xde paper. aku pon meneruskan kehidupan seperti biasa dengan merayau-rayau di alam maya sambil mengusya kalau2 ade post2 baru yang menarik daripada rakan2 bloggers..tapikan.. tatkala aku sedang merayau2 aku ade terfikir… rakan2 bloggers x macam member2 aku yang ade kat frenster.. member2 yang ade kat frenster semuanya berumur hampir sebaya dengan aku.. di dunia blog.. kenalan2 bloggers semua mempunnyai tahap usia yang pelbagai..ada yang sebaya aku.. ade yang masih sekolah dan sgat muda dari aku.. ade yang sudah bekerjaya dan menjadi golongan profesional dan kurang juga terdapat mereka2 yang sudah berkahwin..dan dah ade anak…

masa tu aku mula terfikir… adakah aku seorang yang kurang sopan dan tak menghormati orang yang lebih tua?? sebabnya masa aku melepak atau menyepam blog diorang bahasa2 yang aku gunakan adalah sama je tanpa mengira usia… dan for sure la aku just gunakan ko aku je mase berinteraksi dlam blog diorang.. walaupun aku tau diorang tu lebih tua dari aku…mereka ni kisah ke kalo ayat aku kalau bahasa yang aku gunakan ni agak kurang sopan dan x menghormati orang yang lebih tua… tapi xkan la aku nak cakap saya awak… ke atau pon kalo nak bg komen..kena tulis camni ” post abang ni sangat menarik la.. saya suka membacanya… nak tukar link x abang??” hohohoho cam pelik je bunyik die… xpon kalau masa aku jerit2 kat kotak jerit blog2 lain.. nak kena tulis camni ke “hohoho berjalan-jalan mencari blogger… lawalah blog abang ni hohooho” adui.. aku pon meremang je bulu roma nak tulis camni.. cam pelik je…

so guys I need opinion… adakah blog melahirkan ramai golongan yang agak kurang sopan dan tidak menghormati mereka2 yang lebih tua?? lagi satu korang semua kisah x kalo ade bloggers yang muda remaja macam aku ni hohoho… atau yang lebih muda… berinteraksi kt blog korang macam ckap dgan kawan2 sebaya diorang je…. ade ke yang terasa hati??? kalo ade silalah bagi komen sket… nescaya lepas ni aku akan lebih bersopan lagi bila melawat blog kalian.. hohoho ataupun x melawat terus….hohohooho

p/s: progres perkembangan topotato.com… ada yang da tanya bila nak lepaskan blog tu di alam maya.. hohooho sekarang ni aku tgah customize theme yang serasi dgan jiwa aku.. kalo xde aral melintang maybe 10-11 May.. sejurus selepas aku habis exam..

saya dah jumpa hosting yang best…

April 23rd, 2008 9 Comments   Posted in Blogging

post ini bertujuan untuk mengucapkan terima kasih dan jutaan perhargaan kepada mereka yang telah memberi diriku pedoman untuk memilih hosting yang best.. berkat nasihat kalian semua… blog baru ku kini mampu berdiri megah di alam maya yang penuh pancaroba ini.. hohoho tapi blog tu masih belom rasmi lagi… aku xde masa lagi nak setting blog tu…

selain tu aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara zaki blogjer.. sebab menawarkan untuk bg pinjam hosting die selama 6 bulan dalam usaha aku sedang mencari hosting yang best.. tapi memang bkan rezeki aku la… sebab tawaran tu dibuat selepas 2 jam aku membeli hosting baru.. hohoho xpe2 terima kasih atas tawaran berkenaan…

selain tu.. aku pon dapat satu lagi tawaran… service pemasangan blog secara percuma.. sebab menjadi insan-insan terpilih.. hohoho how lucky I’m.. tapi ak rasa aku xmemerlukan benda ni sebab aku nak explore sendri macam mana nak buat.. tapi yang bestnya hadiah ni boleh boleh dipindah milik.. so kepada sesiapa yang berhajat nak buat blog tapi xtau camne… dan berminat dgan service ni.. contact la aku.. akan ku pindah milikkan tawaran itu kepada anda… tapi sekiranya aku punya tu dah jadi milik org lain.. tapi ade yang masih berminat… hohoho kalian boleh membeli perkhidmatan tersebut dgan harga yang amat berpatutan.. lawati www.starstreet.us..hohooho iklan xberbayar…

tak lupa juga kepada tokey fwenz.info…saudara emptyspace sebab telah banyak membantu aku dengan menjawab pelbagai persoalan walaupun dia sangat sibuk… hohoho lepas abis exam ni.. lagi bertalu-talu la aku ajukan soalan yang pelbagai… diharap anda bersedia ye… hohohooh

hohoho blogger2 Malaysia ni memang baik hati dan suka membantu… hohoho ok2 siapa yang berminat nak sponsor custom theme plak untuk topotato.com sila angkat tangan /:)hohohoohoho…satu lagi… aku ingat aku je yang mencari pedoman nak beli hosting.. rupanya ade gak blogger lain yang tengah mencari pedoman membeli hosting… so guys sila lah serbu blog bob & razifali dan bantu lah mereka mencari pedoman… hohohoho adios dan wish me luck for final exam…

iklan di blog topo..

April 20th, 2008 11 Comments   Posted in Blogging

ni mungkin post terakhir sebelom aku bertapa untuk jawab exam….aku nak mangga laptop ni..hohohoho shutdown day versi topotato.com!!! edited at 11pm: adoi… apsal tetiba ade ads nuffnang yang masuk ni…aku nak mangga laptop ni..

sebenarnya aku takde la berminat sangat nak monetized blog ni.. traffic pon xseberapa… tapi kalo korang perasan tetiba ada banyak la plak ads kat blog ni…. ade nuffnang.. ade adsense dan ade ads blogger macho.. syamsulariff.com.. mana datang la ads tu sume… ok akan ku caertakan sejarah dan sebab wujudnya ads tu sume…

  • Nuffnang: awalnya dulu aku just guna advertlets je.. tapi lepas peristiwa die lupa nak renew domain + ade yang merungut kata advertlets x bayar.. aku terus campak jauh2 advertlets dan menjadi gliteratti nuffnang yang setia… bestnya jadi gliteratti ni aku boleh login kat innit.. benda yang seakan blogtitude… banyak gak la traffic yg aku dapat dari innit ni.. tapi semenjak 2 menjak ni macam da xde iklan je yg nk masuk blog ni..edited on at 11pm: apsal la ade ads yg msuk masae2 camni.. hoho ak rase mmg sket je la hits mgu ni…
  • ads dari syamsulariff.com ni semua bermula sebab die baru dapat duit dan mengeluarkan budget utk mempromosikan blog die.. aku pon xtau camne la die boleh berminat nak advertise kt sini… tapikan kau rasa cam x efisyen je projek advertising dia ni.. sbab kalo dulu bila aku usya blog die je .. sure ade 30-40 org yg online skali.. tp sekarang tinggal belasan org je… sori la byk2 syam.
  • dan ads yg terbaru sekali adalah google adsense: sebenarnya, masa aku mula2 buat blog kat blogger.com dulu.. perkara pertama yang aku buat adalah mendaftar diri utuk adsense.. dan syukurnya dengan sekali cubaan je aku berjaya mendaftarkan diri.. tapi disebabkan asik keluar khidnat masyarakat aku pon mencampak iklan google adsense tu jauh2.. tapi baru2 ni aku dapat tau yang google adsense dah support keywords bm dengan jayanya.. aku pon try la… xsalahkan mencuba.. hohoho nanti kalo x best.. buang la balik..

aku rasa setakat ni cukuplah sekadar ini je ads yang ade kat blog ni.. maybe lpas dah pindah nanti aku pelbagaikan lagi kot ads2 yang best.. tengok je la camne nanti…

p/s: soalan:

  1. ada ape dengan topotato.com???
  2. betol ke fahmishah nak jual tebaboom.org??

p/s: jawapan:

  1. for sure kat sini x ada kentang!!!dan dihostkan bawah hosting yg lebih reliable hohoho
  2. ntah aku pon xtau… nak kate die buat april fool.. ni da dkat bulan mei da ni.. lagi pon kita xbleh sambut april fool….tgu je la nanti..

greeny topo???

April 17th, 2008 7 Comments   Posted in Reviews

hohoho aku baru je habis baca review pasal blog ni kt blogjer yang bertajuk greeny topo…aku suka tajuk review dia ni..anyway, zaki kena review pasal blog ni sebab aku adalah org ke 2 tergila dalam threesome contest di blog zakiyamani.. first time ada orang buat review pasal blog aku…. Great review.. awalnya masa zaki buat review pasl syam & titan, aku dah agak risau dan sgat tak sabar menunggu review untuk blog aku.. ye la… syamsulariff.com dgan EarnCent.com blog yang dah well establish dan agak hebat.. apa la yang dia boleh tulis pasal my liFe as TOPO ni hohohoo…sebab rasanya aku banyak gila merapu je dalam blog ni..rupa2nya aku silap… banyak benda yang menarik ditulis pasal blog aku ni… siap ade nasihat lagi..lepas setel masalah aku dgan topotato.com aku akan reconstruct balik blog ni.. susun balik widget2 die… tapi aku akan still guna theme damai yang eches buat ni walaupun dia da release theme baru bertajuk langit…. aku x suka warna biru..aku sangat suka warna hijau.. I’m greeny topo.. untuk tau lebih lanjut apa yang zaki tulis pasal blog aku ni… baca sendiri kat blogjer.com

THANKS bro for the great review….:)

p/s: ada apa dengan topotato.com??? hohohoho