clanz united????

Life February 21st, 2008

hohoho cerita berlatar tempatkan sebuah perkampungan yg berkapasiti tidak kurg dari 25 org dan tidak lebih 35 org setelah dicampur tolak penduduk yg bermastautin seketika untuk sesuatu aktiviti atau upacara…..

al kisah maka tersebutlah kisah…. perkampungan itu didominasi oleh kaum hawa… hanya terdapat segelintir sahaja jejaka2  idaman malaya yg tak berapa tampan…walaupun sedemikian rupa… perkampungan ini tetap diterajui oleh 2 jejaka yg tak pernah berebutkan kuasa.. perkampungan yang berkapasiti sangat sedikt itu mempunyai banyak puak aka clan… antaranya adalah puak 3 kawan gumbira..puak Wu-nan… ntah ape ntah lagi nama puak… sering berlaku pertukaran ahli puak dan menyebabkan namanya tidak kekal…

disebabkan banyaknya puak yang terdapat di perkampungan itu, adalah sukar bagi peneraju ketika mahu menyampaikan sebarang perkhabaran… tidak seperti multi level marketing(MLM) dimana informasi hanya perlu disampaikan kepada peneraju dan mereka akan menyampaikan kepada down line dan down line itu akan menyampaikan pada downline mereka yg lain…perkara yang sedemikian hanyalah mimpi para peneraju yang agak sukar menjadi kenyataan…

tetapi menjelang musim menuai yang baru ini…keadaan seperti telah berubah… jika sebelum ini ahli puak hanya bermasyarakat dan bergurau mesra sesama ahli puak sahaja ( semangat assabiyah yang amat mendalam..) kini perkara itu semakin pudar walaupun terdapat lagi ahli puak yg belum mahu mngikis semangat assabiyah mereka….. mereka seperti cuba untuk menyatukan puak mereka…..mungkin puak 3 kawan gumbira itu akan menjadi 4@5@6@ 13 kawan gumbira??? atau adakah penggabungan mereka ini bertujuan untuk menggulingkan peneraju yg sememangnya tidak disukai oleh ramai pihak… hohohoh nantikanlah kesudahannya….

p/s: ni entry kisah dongeng tatkala aku tgah study utk midterm esok….8-}

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

5 Responses to “clanz united????”

  1. keraknasi says:

    yeah!! aku datang utk mengomen lagi. apehal susah sangat nak faham cite dongeng ko ni? kenapa sikit sangat kaum adam? dah pupus ke? hahahahahaa..
    ———-
    topo: hohoho biar sikit tapi berkualiti….:d.. cerita dongengku ini ditulis tatkala aku sedang mengulang kaji untuk midterm komunikasi data dan rangkaian.. memang ssah nk difahami… tgu la post sempena data struct nnt… lg 8-} hohoho

    [Reply]



  2. Ken says:

    Bro, kalau guna adsense, rugi kalau blog dalam BM.

    Adsense paparkan iklan khidmat masyarakat; tak dapat earning kalau ada klik pun.

    Just my two cents.
    Empowering Youth
    ———-
    topo: hohohoho gua tau…. saje je nk mencuba pelbagai ads…pasni try ltak gokita plak la…hohoho

    [Reply]



  3. shadowX_19 says:

    tak paham aku cerita ni.. adeh..kene bace smpai abis baru paham
    ———-
    topo: mujurlah ko faham… sabab aku sendri pon xpaham ape yg aku tulis… hohoho

    [Reply]



  4. Azah says:

    ni kalau submit tuk karangan bahasa melayu ni..
    sah confirm cikgu tu pengsan bila baca..
    cite ape la ni?
    aku x paham ape yang nak disampaikan..
    hohoh.. puak mana yg main MLM tu?
    ckp kat puak tu.. xyah la main MLM..x best pon..
    hoho..

    [Reply]



Trackbacks

  1. bila topo nak midterm... | my liFe as topO...

Leave a Reply