vista oh vista…kecil sangatla!! sakit mata nak baca

February 26th, 2008 4 Comments   Posted in software

setelah aku menulis 2 post kisah dongeng x masuk akal… kini topo kembali dengan satu lagi entry berkaitan dengan windows vista….kepada pengguna vista yang mempunyai tahap kerabunan yang melampau… jangan jadikan ianya satu alasan untuk tidak membaca entry2 dongeng panjang aku yang hanya bersaizkan 10@12… aku pon xsure… jangan la merungut di depan komputer apabila sesuatu entry atau gambar yang dipaparkan terlalu halus dan sukar untuk dilihat… hohohoh tutup intro.. di vista terdapat satu tool seaakan magnifying glass yang membolehkan anda zoom sehingga 16x dari saiz biasa… feature ni adalah magnifier….

magnifier di vista

klik kalau x cukup nampak…

kat mana feature ni??? pergi ke control panel dan tekan ease of access center… di situ terdapat start magnifier… klik la dan lihat lah paparan di skrin anda dengan lebih jelas… jgan jadikan lagi saiz sebagai alasan… size does not matter… hohoohoh

p/s: entry ni sebenarnya bersempena spec baru aku…. hohohoho kini aku dapat melihat dunia dengan lebih jelas….:-b:-b

bila topo nak midterm…

February 24th, 2008 1 Comment   Posted in Life, UTeM

hohoho kalau sebelom ni aku mengarang kisah dongeng yg mengarut atas alasan aku tgah study utk mid term… sebenarnya tu semua dusta… hohohoh aku mengarang tatkala aku tgah nk cari pedoman nk study… tp malangnya.. pedoman itu tidak ku ketemui…aku just study sampai bab3@bab4 je… walhal test sampai bab7…. apa la yang aku buat sampai x study tu… hohohoho seperti yang aku sering ceritakan di post2 lepas, aku memang study last minute… esok pagi exam mlam ni xtdo study sampai lebam… aku dah buat perangkaan dengan teliti..sekiranya aku aku mula study pukul 8 malam, menjelang subuh esok aku dapat khatamkan kesemua bab yg masuk test… tp disebabkan aku ade kerja yang perlu dibuat kat bunga raya pkul 10.30 aku terpaksa merombak balik jadual pembelajaran aku… so aku pon mulakan lah study kurang waras aku pada 5.30 sebaik sahaja aku tamat kelas tech comm… kalau mengikut perangkaan yang baru ni… menjelang jam 10 aku dah boleh abis at least 5-6 bab…. tapi malangnya apa yang kita rancangkan x selalu menjadi kenyataan…. bab 1 & bab2 aku berjaya lalui dngan jayanya… tapi malangya… tatkala bab3 cuba memberi pengenalan… pedomanku hilang… hohoohoh so aku pon melakukan pelbagai aktiviti utk mencari pedoman…bg memastikan aku dapat mengikut perancangan… banyak aktiviti x waaras yg aku lakukan….semuanya memang sukar nak digambarkan dengan kata2… hohohoho satu hari nanti aku akan buat post khas aktiviti mencari pedoman dengan pelbagai gambar yg x masuk akal…..

sambung balik pasal nak study…. setelah aktiviti mencari pedoman aku gagal…. Read the rest of this entry »

clanz united????

February 21st, 2008 5 Comments   Posted in Life

hohoho cerita berlatar tempatkan sebuah perkampungan yg berkapasiti tidak kurg dari 25 org dan tidak lebih 35 org setelah dicampur tolak penduduk yg bermastautin seketika untuk sesuatu aktiviti atau upacara…..

al kisah maka tersebutlah kisah…. perkampungan itu didominasi oleh kaum hawa… hanya terdapat segelintir sahaja jejaka2  idaman malaya yg tak berapa tampan…walaupun sedemikian rupa… perkampungan ini tetap diterajui oleh 2 jejaka yg tak pernah berebutkan kuasa.. perkampungan yang berkapasiti sangat sedikt itu mempunyai banyak puak aka clan… antaranya adalah puak 3 kawan gumbira..puak Wu-nan… ntah ape ntah lagi nama puak… sering berlaku pertukaran ahli puak dan menyebabkan namanya tidak kekal…

disebabkan banyaknya puak yang terdapat di perkampungan itu, adalah sukar bagi peneraju ketika mahu menyampaikan sebarang perkhabaran… tidak seperti multi level marketing(MLM) dimana informasi hanya perlu disampaikan kepada peneraju dan mereka akan menyampaikan kepada down line dan down line itu akan menyampaikan pada downline mereka yg lain…perkara yang sedemikian hanyalah mimpi para peneraju yang agak sukar menjadi kenyataan…

tetapi menjelang musim menuai yang baru ini…keadaan seperti telah berubah… jika sebelum ini ahli puak hanya bermasyarakat dan bergurau mesra sesama ahli puak sahaja ( semangat assabiyah yang amat mendalam..) kini perkara itu semakin pudar walaupun terdapat lagi ahli puak yg belum mahu mngikis semangat assabiyah mereka….. mereka seperti cuba untuk menyatukan puak mereka…..mungkin puak 3 kawan gumbira itu akan menjadi 4@5@6@ 13 kawan gumbira??? atau adakah penggabungan mereka ini bertujuan untuk menggulingkan peneraju yg sememangnya tidak disukai oleh ramai pihak… hohohoh nantikanlah kesudahannya….

p/s: ni entry kisah dongeng tatkala aku tgah study utk midterm esok….8-}

aku blur….

February 19th, 2008 4 Comments   Posted in Blogging, Life

dah agak lama rasanya aku x update blog ni… hohohoho bukannya sebab xde idea, malahan idea aku tersangat la banyak xtau nk tulis yg mana satu…so dalam post ni aku nak compile sume idea jadi satu je post…banyak gila mid term yg bakal menyusul… yg laen sume aku x risau.. paper mate je yg aku takut gile.. aku macam xtau apa2 dowh…x macam last sem… cekang je buat mate….

aku blur…. apa lagi nak tulis ni… hohohho yeah aku dapat 1st advertiser from nuffnang.. hohoho setelah sekian lama aku tgu mana2 advertiser yg nk buat iklan kt blog aku ni… at last ade jugak… aku dapat ads daripada jomstar.com..start daripada 24 feb ni… hohoho haraplah lepas ni bayak lg ads yg masuk.. Read the rest of this entry »

bila topO dah balik Murni….

February 14th, 2008 2 Comments   Posted in Life

dah dkat seminggu dah aku balik hostel Murni ni… dalm masa tu dah agak banyak bende dah berlaku….

1)bila topO dah balik Murni… aku dah berjaya format laptop aku… hohoho dah upgrade jd vista ultimate… dulu home premium je… bila aku dah format laptop ni… skarg ni aku tgah cuba sedaya upaya mengembalikan nostalgia vista lama aku.. softwsre,theme,firefox plugins,bookmark sume aku recall balik… tp xde CA antivirus…. hohohoho tp xpe… ku ade AVG pro yg ori… lesen sampai blan 12 ni… try dlu camne dah dpt free amek je…

2)bila topO dah balik Murni… damn bila aku balik Murni maknanya internet xde…..trafik blog ni lari gila… dah jadi macam roller coaster dlu… kalau post aku pasal power rangers ep2 pon x dpat sambutan sebagaimana ep1 dulu…. kalau aku kt rumah dlu average trafik aku lebih kurg 50 unique visits… ok la tu utk newbies… tp bila top0 balik murni… trafik ku jatuh jadi 5.. hohohoh seb abeklah ade lg visitor yg setia….

3)bila topO dah balik Murni… banyalah assignment yg dtg menyerang… kalau masa dok kt rumah cuti dulu x ksah pon assignment bayak mane… mmg x buat punya…tp kt sini terasa pressure nk buat assignment…adakah perkara ni sesuatu yg bagus??? hohoho bgus kot…

4)bila topO dah balik Murni…topo makan bertambah banyak… tapi x gemuk2 gak… adui.. bila la aku nk tambah sket berat badan ni bia ade bentuk atletik sket…ni x dah ramai dah org kata aku kurus… aku jalan2 je tetiba ntah dari mana ade org ckap aku kurus.. blur aku..hohohooh skarg ni au da jrg workout.. asyik dok mngadap laptop je…. power spek dah naik.. fitness dah turun,, hohohoho

hohohoho sbab tu la saya suka rumah saya… bila balik rumah sume bnde ni xde….

power rangers ep2…

February 12th, 2008 9 Comments   Posted in Life

hohohoho selepas post aku mengenai dunia baru the movie, post tentang power rangers sgat mesra search engine.. saban hari ramai org search dkat yahoo pasal power rangers.. dan keyword gambar power rangers diterajui oleh aku dengan jayanya… hohohoho aku sgt yakin mereka yg search tentang power rangers ni terdiri daripada mereka yg masih kecil.. so adik2 sekalian.. hari ini abg top0 akan sambung mengenai power rangers sampai habis…hahahahah

ok episod satu dah cerita sampai time rangers.. kini tibalah masanya untuk….

Power Rangers: Wild Force

ok selepas tamat kisah pengembaraan masa… tibalah masanya untuk power rangers wild force beraksi..sekali lg power rangers menggunakan binatang sebagai tema… adoi.. bosan aku.. plot cerita ni berkisar tentang 5 org remaja yg terpilih jd rangers (tipikal la…) berlatar belakangkan hutan… ala2 barbarian kuno…. Read the rest of this entry »